Pemain sayap Manchester City, Jack Grealish, percaya bahawa perlawanan separuh akhir Piala FA Inggeris ialah medan terbaik untuk melupakan kekalahan di tangan Real Madrid pada perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Rabu lalu.

Aksi yang penuh mendebarkan itu menyaksikan juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City, mendominasi permainan dalam perlawanan timbal balik kedua UCL tetapi bernasib malang apabila Real Madrid mengalahkan mereka dalam penentuan sepakan penalti.

Pada musim ini, Manchester City dilihat menjadi pasukan pilihan untuk menjuarai Piala FA Inggeris. Mereka akan bertemu Chelsea dalam perlawanan separuh akhir awal pagi nanti.

Dalam masa sama, City juga berpeluang untuk memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL), buat kali keempat berturut-turut selepas selesa berada di kedudukan pertama di belakang pencabar, Arsenal dan Liverpool.

"Jika kami berjaya memenangi EPL dan Piala FA, ia akan menjadi musim yang sangat berjaya kerana itu adalah matlamat kami.

"Buat masa sekarang, saya sangat yakin dan prestasi bertambah baik. Pada permulaan musim, saya sedar diri saya tidak bermain dengan baik dan tahap kecergasan saya membimbangkan jika saya jujur.

"Kita masih mempunyai baki perlawanan liga kerana musim belum berakhir. Saya akan lakukan yang terbaik dan sedia memainkan peranan yang besar," katanya.