Kejayaan menumbangkan pasukan di ranking ke-10 dunia, New Zealand, tidak semudah yang disangka kerana ia bertunjangkan kecemerlangan dua tonggak senior, Marhan Jalil, serta Hafizuddin Othman.

Biarpun dibolosi sebanyak empat kali, namun, ketangkasan Hafizuddin ketika menafikan penalti strok kedua Black Sticks menjadi detik kegagalan anak didik Greg Nicol untuk bangkit.

Hafizuddin diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan tatkala pengalaman Marhan mengemudi pertahanan yang dibarisi pemain muda seperti, Syarman Mat Tee, Syafiq Hassan serta Syed Syafiq Syed Cholan raih pujian ketua jurulatih, Sarjit Singh.

"Walaupun bermula dengan kurang baik dalam perlawanan pertama, namun, sedikit-sebanyak menjadi motivasi buat saya untuk bangkit dalam perlawanan seterusnya," katanya.

Pemain yang sudah mengumpul 109 penampilan bersama skuad negara itu turut mengakui, rejim latihan intensif program jurulatih penjaga gol, S. Kumar, turut membantu dirinya menggembalikan prestasi terbaik selepas beraksi di bawah kemampuan sebenar pada aksi pembukaan menentang Pakistan