'Kami mahu menang ke atas Malaysia', tegas Ketua Jurulatih Skuad B23 Kuwait, Emilio Peixi menjelang pertemuan terakhir Kumpulan D saingan Piala Asia B-23 malam esok.

Emilio menggesa pasukannya segera bangkit melupakan kekecewaan dua perlawanan lalu dalam misi meraih kemenangan sulung di pentas Piala Asia B-23.

Jelas pengendali kelahiran Portugal berusia 51 tahun itu, bukan mudah untuk dirinya dan barisan kejurulatihan mengembalikan semula keyakinan pasukan terutamanya selepas mereka dibolosi lapan kali dalam perlawanan terdahulu.

Emilio percaya mereka meraih pengajaran berguna ketika tewas kepada Uzbekistan dan Vietnam dan beliau berharap Al-Azraq tidak mengulangi kesilapan sama bertemu Malaysia di Stadium Al-Janoub.

Untuk rekod, dalam dua penampilan terdahulu Kuwait di Kejohanan Piala Asia B-23, mereka belum pernah merekodkan kemenangan selain hanya satu keputusan seri.

"Pertama sekali lagi kami memastikan pasukan kembali ke tahap terbaik, kerana bukan mudah mereka menghadapi intensiti perlawanan seperti tini,” katanya.

“Itu keutamaan kami, kemudian melihat pemain yang sedia diturunkan untuk perlawanan esok."