Skuad negara tiada pilihan lain apabila perlu menang ke atas Vietnam dalam perlawanan kedua Kumpulan D Piala Asia Bawah 23 tahun (B-23) di Stadium Antarabangsa Khalifa, Doha pada Sabtu untuk mencerahkan peluang ke pusingan seterusnya.
Kekalahan dalam aksi pertama berdepan Uzbekistan menyaksikan skuad Harimau Muda berada pada kedudukan tercorot kumpulan dan satu lagi keputusan negatif bakal menyaksikan Malaysia pulang awal daripada kejohanan tersebut.
Namun, atas kertas Vietnam bukan lawan mudah apabila skuad Golden Star Warriors itu tampil dengan kejutan menewaskan Kuwait 3-1 untuk mengungguli Kumpulan D.
Pengendali skuad B-23 negara, Juan Torres Garrido berkata, pemain negara perlu bersedia untuk menghadapi perlawanan kedua tersebut dan tampil dengan persembahan lebih baik.
Malah, beliau turut membayangkan corak permainan skuad negara akan lebih agresif dalam usaha mencari gol menentang Vietnam.
“Perlawanan menentang Uzbekistan menjadi pengajaran buat kami memperbaiki kelemahan, yang lebih penting kami perlu lebih tajam ketika menyerang dan mencari cara untuk menembusi lawan.
“Pada masa sama, kesilapan pada perlawanan pertama itu kami tidak boleh ulangi lagi,” katanya.
Vietnam dan Uzbekistan ketika ini berkongsi tiga mata di kedudukan pertama serta kedua kumpulan, manakala Malaysia dan Kuwait tanpa sebarang mata di kedudukan ketiga serta keempat.
Jika Vietnam berjaya menewaskan Malaysia dan Uzbekistan berjaya menewaskan Kuwait dalam satu lagi perlawanan, mereka akan mengesahkan tempat ke pusingan suku akhir.
Namun, jika Malaysia mampu seri dengan Vietnam dan Kuwait juga berjaya mengikat atau menang ke atas Uzbekistan, skuad negara perlu meraih tiga mata ke atas Kuwait dalam perlawanan terakhir kumpulan untuk terus kekal bagi perebutan slot ke pusingan suku akhir.-Sinar
Stadium Astro
Sat Apr 20 2024
Piala Sultan Azlan Shah: Pakistan kecewakan Malaysia
Skuad hoki negara memulakan kempen Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) dengan langkah kiri selepas tewas kepada Pakistan 4-5 dalam perlawanan pertama di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh, sebentar tadi.
Piala Thomas: China buat kemarau 10 tahun Malaysia ke final berterusan
Penantian 10 tahun skuad badminton negara untuk ke final Piala Thomas berterusan apabila tewas 1-3 kepada China dalam aksi separuh akhir di Chengdu sebentar tadi.
Piala Thomas: Misi skuad negara padam reputasi atas kertas
Menjelang saingan separuh akhir Piala Thomas melibatkan skuad negara dan tuan rumah, China, di Chengdu petang ini, skuad negara jelas perlu mengatasi reputasi besar negara Tembok Besar itu.
Piala Thomas: Info siaran langsung dan live streaming separuh akhir Malaysia lwn China
Skuad badminton lelaki negara akan meneruskan perjuangan dalam saingan Piala Thomas 2024 dengan aksi separuh akhir menentang tuan rumah, China, di Chengdu petang esok.
Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2024: Jadual, Keputusan, dan Info Siaran Langsung (LIVE)
Skuad hoki Malaysia menggalas cabaran negara pada saingan Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah bagi musim 2024 juga edisi ke-30.
Piala Uber: Malaysia tamatkan cabaran dengan kemenangan
Malaysia menamatkan cabaran Piala Uber dengan kemenangan ke atas Australia sebentar tadi.
Piala Thomas: Aksi dramatik Zii Jia-Axelsen tarik perhatian BWF
Aksi peringkat Kumpulan D antara Malaysia dan Denmark telah menyajikan perlawanan yang cukup menarik.
Piala Asia B-23: Peluang Indonesia ke Paris 2024 masih terbuka -- Shin Tae-yong
Shin Tae-yong tidak menafikan fakta bahawa tekanan mungkin menjejaskan barisan pemainnya dalam kekalahan separuh akhir Piala Asia B-23 di tangan Uzbekistan Isnin lalu.
Siapa pun boleh bertanding -- Hamidin
'Siapa pun boleh bertanding', itu pendirian Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, selepas terbit pandangan agar rombakan dilakukan dalam badan induk itu.
Pengulas Astro Arena terima pujian peminat bola sepak Indonesia
Nama pengulas Astro Arena, Aiman Roshizam, mendapat perhatian peminat bola sepak dari Indonesia.
Ronaldo delivers another hat-trick as Al Nassr ease past Al Wedha
Al Nassr had Cristiano Ronaldo to thank for Saturday's thrashing of Al Wedha, in which Sadio Mane also impressed.
Burnley boss Kompany demands never-say-die attitude as Premier League relegation looms
Burnley were hammered by Newcastle United and Nottingham Forest's win over Sheffield United left the Clarets nearing danger.
Girona 4-2 Barcelona: Hosts secure Champions League football while ending Blaugrana's title hopes
Report: Girona 4-2 Barcelona
Real Madrid's LaLiga joy must be 'contained' ahead of Bayern meeting
Madrid's joy 'contained'
Haaland 'back to business' as Guardiola lauds four-goal Man City star in Wolves win
Pep: Haaland 'back to business'
IPL: Du Plessis shines as RCB revival continues against Titans
IPL: Du Plessis shines for RCB
Real Madrid clinch LaLiga title after Barcelona lose to Girona
Real Madrid win LaLiga
Manchester City 5-1 Wolves: Haaland scores four as rampant Citizens respond to Arsenal win
Report: Man City 5-1 Wolves
Sinner joins Alcaraz in withdrawing from Italian Open
Sinner out of home tournament
Verstappen clinches sprint victory at Miami Grand Prix, Hamilton hit with penalty
Verstappen charges to sprint win