Skuad hoki Malaysia menggalas cabaran negara pada saingan Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah bagi musim 2024 juga edisi ke-30.

Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah merupakan kejohanan hoki jemputan yang dianjurkan oleh Persekutuan Hoki Malaysia dan bertempat di Stadium Hoki Ipoh.

Kejohanan itu juga mendapat pengiktirafan daripada FIH. Ia bermula sejak 1983 sebagai kejohanan dwi-tahunan. Namun bermula 1998, kejohanan ini telah menjadi acara tahunan bagi skuad hoki yang terlibat. Kejohanan ini dinamakan Sultan Azlan Shah berikutan baginda merupakan peminat setia sukan hoki.

Kali terakhir kejohanan diadakan adalah pada tahun 2022 dan Malaysia menjadi juara bagi edisi ke-29.

Di bawah merupakan maklumat bagi edisi terdahulu serta penganjuran tahun 2024 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Piala Sultan Azlan Shah merupakan kejohanan kedua pasukan yang dikendalikan oleh Arul Selvaraj selepas berjaya membawa Malaysia sebagai naib juara di Kejohanan Piala Asia 2022.

Pada tahun 2022, kejohanan bagi edisi ke-29 disertai oleh enam pasukan dan kesemua perlawanan berlangsung di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh bermula dari tarikh 1 hingga 10 November 2019. Pasukan yang bertanding pada 2022 adalah Malaysia, Mesir, Jepun, Pakistan, Korea Selatan dan Afrika Selatan.

Tarikh dan Venue Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2024

Pada tahun ini, kejohanan akan berlangsung dari 4 hingga 11 Mei 2024 di venue yang sama iaitu Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak.

Senarai Pasukan Bertanding di Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2024

Rekod Pencapaian Pasukan Malaysia Dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah

Untuk rekod, sejak kejohanan itu dianjurkan bermula pada tahun 1983, Malaysia berjaya muncul juara pada edisi tersebut.

Malaysia juga telah berjaya muncul naib juara sebanyak lima kali iaitu pada 1985, 2007, 2009, 2013 dan 2014.

PSAS bakal menggunakan format liga sepusingan, dua pasukan teratas dalam carta layak ke final

Info Siaran Langsung (Live Streaming) Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2024

Semua perlawanan kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2024 akan disiarkan secara siaran langsung dan eksklusif oleh Astro Arena saluran 801/ 802 (HD).