Ketua jurulatih Uzbekistan, Timur Kapadze, berkata kemenangan dalam aksi pembukaan bakal meletakkan mereka dalam kedudukan terbaik untuk mengulangi pencapaian muncul juara pada edisi 2018 sekaligus melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Malaysia bakal menjadi halangan pertama buat juara edisi 2018 itu dalam usaha untuk mereka mengulangi pencapaian tersebut.

Optimis mampu meraih tiga mata, Uzbekistan mengharapkan permulaan yang diimpikan ketika berdepan Harimau Muda.

“Kami mempunyai sasaran konkrit untuk memenangi kejohanan kali ini,” kata Kapadze yang juga bekas pemain tengah Uzbekistan itu.

“Tetapi peluang juga terbuka kepada pasukan lain. Kami tiada masalah kecederaan dan kami bersedia untuk kejohanan itu.

“Kami sudah bersedia untuk kejohanan ini untuk tempoh yang lama, pemain saya sudah bersedia dan kami mahu mencapai sasaran kami.

“Perlawanan pembukaan kami akan menjadi penting. Kami akan meraih kemenangan dan kami yakin tetapi pada masa yang sama, kami akan menghormati Malaysia.”