Penyerang bintang naturalisasi Vietnam, Nguyen Xuan Son, menegaskan menjadi juara adalah fokus utamanya berbanding merebut kasut emas menjelang perlawanan akhir kedua.

Jika dilihat kepada jumlah rekod jaringan ketika ini, pemain kelahiran Pirapemas, Brazil itu sudah mencatat tujuh gol dalam kempen Piala AMEC kali ini.

Hanya empat pemain yang menghampiri rekod itu dengan empat gol iaitu Shawal Anuar (Singapura), Suphanat Mueanta (Thailand), Patrik Gustavsson (Thailand) dan Nguyen Tien Linh (Vietnam).




Walaupun rekod itu sudah agak jauh untuk dikejar, Xuan Son, ambil pendekatan untuk fokus dalam membantu Vietnam muncul juara buat kali ketiga dalam sejarah.

"Saya rasa ini momen terbaik buat diri saya, secara jujurnya keinginan saya lebih kepada untuk muncul juara.

"Jika saya menjadi juara, saya tidak kisah tentang kasut emas itu," kata Xuan Son.