Harimau Malaya akan turun dengan sifir mudah di Stadium Nasional Bukit Jalil (SSBJ) esok, iaitu mencari menang sambil soal jaringan menjadi pokok kedua dalam kempen Kejohanan Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024.

Harimau Malaya yang diikat 2-2 oleh Kemboja memerlukan kemenangan ke atas Timor-Leste malam esok bagi melolosi Kumpulan A.

Timor-Leste yang dibelasah 0-10 oleh juara bertahan, Thailand, dan belum pernah memenangi sebarang perlawanan di peringkat Piala ASEAN disifatkan sebagai medan untuk jurulatih sementara Malaysia, Pau Marti Vicente, mencari kemenangan moral sebelum berdepan skuad Gajah Perang itu, Sabtu ini.



"Kami tidak boleh fikirkan tentang berapa banyak jumlah gol (yang akan dihasilkan). Kami perlu menang.

"Kami perlu tampilkan pendekatan berkeamatan tinggi dengan rentak garang dari awal permainan tanpa mengira sama ada pencabar itu ampuh mahupun tidak.




"Kami kena fikirkan tentang kemenangan," katanya.

Begitupun, anak buahnya itu pastinya bertambah semangat dengan kehadiran Ekor Harimau Malaya di SSBJ.