Johor Darul Ta'zim (JDT) menewaskan kelab Thailand, Port FC, 3-1 dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam tadi.
JDT bermula baik sejurus wisel permulaan menerusi beberapa asakan menarik ke kubu pelawat dalam usaha membuka jaringan.
Bagaimanapun, skuad Harimau Selatan itu perlu menunggu hingga minit ke-14 untuk meledak gol pertama perlawanan menerusi rembatan leret Oscar Arribas.
Tersentak dengan gol itu, kesebelasan Port FC mula mengatur asakan ke kubu pelawat bagi menyamakan kedudukan tetapi segala asakan yang diatur skuad Port Lions itu dikekang benteng pertahanan JDT.
Malah, kesempatan itu turut dimanfaatkan kesebelasan Harimau Selatan bagi melancarkan serangan balas ke gawang pelawat.
Peluang terbaik JDT untuk menambah jaringan tiba dalam masa kecederaan babak pertama, namun rembatan penyerang, Jorge Leonardo, diselamatkan penjaga gol pelawat untuk keputusan 1-0 memihak JDT kekal hingga tamat babak pertama.
Bersambung babak kedua, JDT menggandakan asakan dalam usaha menambah jaringan.
Asakan-asakan berkenaan akhirnya membuahkan hasil apabila Jorge Leonardo tenang merembat masuk gol kedua JDT pada minit ke-57.
Begitupun hasil satu serangan balas, Port FC hampir menjaringkan gol menerusi penyerang gantian, Lonsana Doumbouya, pada minit ke-71, namun penjaga gol JDT, Christian Abad Amat, terlebih dahulu meluru keluar bagi mengekang asakan tersebut.
Usaha Port FC merapatkan jurang akhirnya tertunai menerusi jaringan Willen Mota pada minit ke-80.
Bagaimanapun Jorge Leonardo sekali lagi membuktikan kewibawaannya selaku penjaring apabila menjaringkan gol ketiga pasukannya, yang juga gol kedua peribadinya, dalam masa kecederaan.
Penghujung perlawanan menyaksikan tiada tambahan jaringan dilakukan kedua-dua pasukan, sekali gus menyaksikan keputusan 3-1 memihak JDT kekal ke wisel penamat.
--Sinar Harian
Stadium Astro
Thu Sep 05 2024
Penang setuju lantik Wan Rohaimi selaku ketua jurulatih
Penang difahamkan bersetuju untuk melantik Wan Rohaimi Wan Ismail selaku ketua jurulatih.
Piala ASEAN: Kem negara masih buntu pilih pasukan
Ketua jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente, belum dapat memutuskan skuad ke Piala ASEAN 2024 biarpun berbaki kurang sebulan sebelum kejohanan itu berlangsung.
Liga Super: MFL selar segala bentuk keganasan dalam bola sepak
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menolak sekeras-kerasnya bentuk keganasan serta tidak menyokong tindakan agresis yang berlaku dalam perlawanan bola sepak.
Harith Haiqal dalam motivasi terbaik sarung jersi Harimau Malaya biarpun dikritik
Pertahanan negara, Harith Haiqal Adam Afkar, tetap bermotivasi tinggi menjelang pertemuan menentang Laos dalam aksi persahabatan tier 1 di Stadium PAT, Bangkok pada Khamis ini.
Piala Menteri Pendidikan: Meskipun tewas, SSN Perak komited terima pengalaman berharga
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunung Rapat yang merupakan produk Sekolah Sukan Negeri (SSN) Perak gagal melayakkan diri ke saingan Piala Menteri Pendidikan Malaysia, tahun ini.
Liga Super: Saya bangga jadi seorang Dayak -- Tommy Mawat
Ekoran insiden pertelingkahan bersama bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, dalam perlawanan Liga Super Malaysia bertemu Perak, Tommy Mawat Bada terima kecaman berunsur perkauman di sosial media.
Padah tumbuk pengadil, bekas presiden kelab Turkiye dipenjara
Bekas Presiden Kelab Bola Sepak Ankaragucu, Faruk Koca dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun, tujuh bulan susulan kesalahan menyerang pengadil, Halil Umut Meler dalam aksi Super Lig menentang Caykur Rize, Disember lalu.
Piala Malaysia: JDT bertemu KL Rovers, Sri Pahang jadi ujian awal Selangor
Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal bertemu KL Rovers sementara Selangor bertemu Sri Pahang dalam aksi pusingan 16 Piala Malaysia yang bakal bermula 20 November ini.
Persahabatan Antarabangsa: Pau Marti pertahan pemilihan Laos sebagai lawan Harimau Malaya
Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Pau Marti Vicente, mempertahankan pemilihan Laos sebagai lawan Harimau Malaya dalam aksi persahabatan tier 1 di Thailand pada Khamis ini walaupun ia mendapat kritikan peminat bola sepak tanah air.
Terkini: Fergus Tierney ganti Romel Morales dalam skuad kebangsaan
Romel Morales terpaksa digugurkan dalam senarai skuad kebangsaan bagi dua aksi persahabatan menentang Laos dan India dalam tempoh seminggu ini.
Manchester City and Bayern Munich maintain 100% records with comfortable wins
City and Bayern both win easily
ATP Finals: Sinner stays perfect with assured Fritz victory
ATP Finals: Sinner downs Fritz
Harwood-Bellis 'didn't quite believe' first senior England call-up
Harwood-Bellis surprised by call-up
Chelsea quartet left at home as Bompastor rotates squad for Celtic clash
Chelsea missing key players
Slegers maintains unbeaten Arsenal start with statement Juventus win
Slegers remains unbeaten at Arsenal
Springboks aiming to have 'two best teams in the world', says Esterhuizen
Springboks want best two teams
Lawrence aiming to overhaul 'idol' McIlroy in Race to Dubai chase
Lawrence relishing McIlroy test
Upamecano: Mbappe shown 'lack of gratitude' in latest France omission
Upamecano: Mbappe is missed
Gakpo feels 'more dangerous' for Liverpool under Slot
Gakpo feels more dangerous for Reds
Armstrong returns to Scotland squad, Morgan and Adams withdraw
Armstrong joins Scotland squad