Najmi Iman
Mon Nov 25 2024
Jurulatih perseorangan baru negara, Kenneth Jonassen, akan mengetuai misi negara membutirkan pingat emas pertama negara dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028 menerusi sukan badminton.
Ketika sidang media rasmi bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM), jurulatih kelahiran Denmark itu menegaskan bahawa dia sentiasa meminati badminton Malaysia kerana mempunyai sokongan yang menakjubkan daripada kalangan peminat.
Dia juga mendedahkan sudah memberi kata putus untuk ke Malaysia melalui perbualan telefon bersama Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky.
"Saya percaya ini adalah peluang seumur hidup untuk berada di sini," katanya kepada Nadi Terkini.
Apabila bercakap mengenai sasaran yang ditetapkan, dia berkata: "Ia memerlukan masa untuk mencapai impian tersebut. Semua orang mahu memenangi di peringkat tertinggi dunia.
"Perkara paling utama ialah saya perlu bekerja lebih rapat dengan pihak kejurulatihan dan semua pemain. Kami harus fokus satu per satu selain usaha keras yang diperlukan.
Begitupun, jurulatih berusia 50 tahun itu mahu menjalinkan hubungan yang selesa terlebih dahulu bersama semua pemain dan pihak terlibat.
Ketika ingin membentuk keserasian, hubungan yang baik serta persefahaman yang tinggi akan diperkukuh bagi memudahkan proses persiapan pemain menjelang kejohanan akan datang.
Kenneth juga tidak menolak kemungkinan untuk membawa perubahan 360 darjah demi memastikan objektif tercapai selain dia juga mahu mempelajari perkara baru di Malaysia.
Perlu masa lakukan analisis, bina hubungan untuk dapat persefahaman -- Kenneth Jonassen
Jurulatih perseorangan baru negara, Kenneth Jonassen, akan mengetuai misi negara membutirkan pingat emas pertama negara dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028 menerusi sukan badminton.
Strim langsung sidang media jurulatih perseorangan baru negara, Kenneth Jonassen
Apakah perancangan Kenneth Jonassen selaku jurulatih baru perseorangan badminton negara? Sudah pasti tumpuan terhadap perkembangan terbaru prestasi pemain badminton negara pada masa akan datang.
Ranking Pang Ron-Su Yi naik mendadak selepas prestasi cemerlang
Kecemerlangan beregu campuran negara yang sedang meningkat naik, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yi, dalam Masters China dibalas dengan peningkatan ranking yang ketara mengikut kemas kini carta kedudukan Kesatuan Badminton Dunia (BWF).
Badminton Remaja Allianz: Penampilan pertama bawa pulangan lumayan buat Siti Nur Aminah
Juara acara perseorangan dan beregu perempuan B-13, Siti Nur Aminah Abdullah, tidak menyangka penampilan pertamanya dalam Kejohanan Badminton Remaja Allianz akan membawa pulangan yang cukup lumayan.
Pemain perlu tunjuk komitmen tinggi di bawah bimbingan Kenneth Jonassen -- Bekas pemain nombor satu dunia
Bekas perseorangan lelaki nombor satu dunia, Roslin Hashim, berpendapat masih terlalu awal untuk meletakkan jangkaan mengenai corak kempimpinan yang bakan dibawa ketua jurulatih perseorangan baru skuad badminton negara, Kenneth Jonassen.
Final Masters China: Hoo Pang Ron akui jurang pengalaman punca terlepas gelaran pertama
Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron, tidak menafikan pengalaman antaranya dengan pasukan lawan yang berada di kedudukan kedua dunia dari China itu menjadi antara faktor mereka ditewaskan dalam final Kejohanan Badminton Masters China, di Shenzen, China, hari ini.
Final Masters China: Pang Ron-Su Yin hampir beri pasangan nombor dua dunia mimpi ngeri
Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, mempamerkan aksi menakjubkan walaupun terpaksa akur tewas kepada pasangan nombor dua dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, dalam aksi rubber set, 23-21, 23-25,16-21, dalam final Kejohanan Badminton Masters China, di Shenzen, China, sebentar tadi.
Final Masters China: Siaran Langsung (Live Streaming) Misi Pang Ron-Su Yin bergelar juara tumpaskan pilihan pertama kejohanan
Selepas mempamerkan permainan memukau daripada hari pertama saingan, kini tumpuan terarah kepada satu-satunya wakil negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, untuk merangkul kejuaraan bertaraf super 750 itu dalam aksi akhir Masters China.
Final Masters China: Pang Ron-Su Yin nekad beri aksi terbaik berdepan wakil tuan rumah
Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron dan Cheng Su Yin, berasa seakan tidak percaya selepas mara ke pentas akhir Kejohanan Badminton Masters China selepas menyingkirkan lawan dari Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet, di Shenzen, China, hari ini.
Badminton Remaja Allianz Grand Final: Beraksi ketika demam tak halang Lim Zheng Jie mara ke suku akhir
Pendahulu perseorangan lelaki kategori B-15, Lim Zheng Jie, meneruskan cabaran dengan keputusan cemerlang selepas menundukkan lawan dari Kuala Lumpur, Teh Cheng Yao, dengan aksi rubber set, 21-14, 16-21, 21-16, dalam Kejohanan Badminton Remaja Allianz Grand Final 2024, hari ini.
'I'm probably more out than in' - Salah yet to be offered Liverpool extension
Salah not offered Liverpool deal
Sinner: Italy handled the pressure to retain Davis Cup
Sinner: Italy handled pressure well
Mbappe getting 'up to speed' with Real Madrid team-mates
Mbappe settling in at Madrid
India thrash Australia to take advantage in Border Gavaskar Trophy
India thrash Aus in first Test
LA Galaxy 6-2 Minnesota United: Hosts through to Western Conference final with rout
Report: La Galaxy 6-2 Minnesota
NBA: Celtics run winning streak to five games
NBA: Celtics post fifth win in row
Mbappe position switch works wonders for Ancelotti
Ancelotti finds new Mbappe role
Orlando City 1-0 Atlanta United: Enrique strike sets up Red Bulls clash
Report: Orlando 1-0 Atlanta
West Indies in control as Bangladesh battle to avoid follow-on
West Indies in complete control
Conte: Napoli need to focus on improvement, not Serie A lead
Conte wants more from Napoli