Seorang lagi atlet tempur negara, Kabilan Jelevan, mencipta nama dalam kancah muay thai yang menyaksikan dengan menundukkan Sulaiman Looksuan dalam Kejohanan One Lumpinee48.

Kabilan yang mengasahkan bakatnya di Rentap Muay Thai Gym bertarung dengan atlet dari Myanmar itu dalam kategori flyweight muay thai di Stadium Boxing Lumpinee, Bangkok, semalam.



Kabilan meraih kemenangan keduanya ke atas Sulaiman menerusi keputusan majoriti dan sebelum ini menumbangkan lawannya 'Roti Boy' dalam pusingan pertama.