Muzaffar Musa
Fri Dec 17 2021
Ketua jurulatih Brooklyn Nets, Steve Nash, mengakui gusar dengan beban tugas Kevin Durant sambil menganggapnya sebagai "tidak selamat dan mampan".
Sebelum kemenangan 114-105 pasukan itu ke atas Philadelphia 76ers dalam Sidang Timur hari ini, Durant berada di kedudukan kedua ranking minit permainan tertinggi bagi setiap perlawanan NBA musim ini (36.9).
Skuad tempang Nets, yang terjejas berikutan jangkitan COVID-19, terpaksa bergantung sepenuhnya terhadap pemain bintang mereka itu bagi musim 2021-22 -- Durant turut beraksi selama 48 minit sewaktu menewasan Toronto Raptors kelmarin.
"Ia satu topik yang penting," kata Nash sebelum pendahulu Sidang Timur itu menewaskan 76ers di Brooklyn, di mana Durant menjadi pemain paling lama beraksi dengan 39 minit.
"Saya tidak pasti sama ada kami boleh terus bergantung kepadanya seperti itu atau tidak. Ia tidak kelihatan betul.
"Saya tahu dia sedang menikmatinya. Saya tahu dia gembira untuk bermain seperti itu dan memacu rakan sepasukan bersamanya dan segala tanggungjawab yang dipikul dan diselesaikannya, ia seperti itu.
"Ia sesuatu yang luar biasa tetapi pada masa sama, ia tidak selamat dan mapan untuk bergantung kepadanya seperti itu.
"Terdapat banyak yang perlu dipertimbangkan dan kami perlu menyelesaikannya untuk memberikannya waktu rehat," katanya.
Durant kekal cemerlang ketika berdepan 76ers, di mana dia menjaringkan 34 mata -- termasuk dua jaringan tiga mata --11 rebound dan lapan bantuan buat Nets.
Nets kini berada di tangga teratas Sidang Timur dengan rekod 21-8, berkelebihan dua setengah di depan juara bertahan, Milwaukee Bucks.
NBA: Durrant bintangi aksi pertama bersama Suns ketika atasi Hornets
Kevin Durant menjaringkan 23 mata dalam penampilan pertamanya bersama Phonex Suns pada ketika Devin Brooker turut menjaringkan 37 mata sewaktu menewaskan Charlotte Hornets 105-91 dalam perlawanan NBA hari ini.
Kevin Durant minta pertukaran tinggalkan Nets
Kevin Durant telah meminta pertukaran dari Brooklyn Nets, menurut laporan yang meluas.
NBA: James, Durant pilih barisan All-Star
LeBron James dan Kevin Durant mengesahkan pasukan All-Star 2022 masing-masing dalam draf sebentar tadi tetapi James Harden menjadi pilihan terakhir.
NBA: Jurulatih Nets gusar dengan beban tugas Durant
Ketua jurulatih Brooklyn Nets, Steve Nash, mengakui gusar dengan beban tugas Kevin Durant sambil menganggapnya sebagai "tidak selamat dan mampan".
NBA: Persefahaman antara pemain Nets berkembang dengan baik -- Durant
Kevin Durant percaya persefahaman antara rakan sepasukannya berkembang dengan baik ketika Brooklyn Nets memperbaiki rekod 2-2 musim ini dengan kemenangan 104-90 ke atas Washington Wizards.
Tokyo 2020: Durant ketuai AS menangi emas bola keranjang
Kevin Durant menyinar ketika pasukan Amerika Syarikat (AS) memenangi pingat emas keempat berturut-turut acara bola keranjang lelaki Sukan Olimpik selepas menewaskan Perancis 87-82 hari ini.
Tokyo 2020: AS sudah mula intai emas keempat berturut-turut
Kevin Durant mengakui Amerika Syarikat diberi tamparan hebat oleh Australia sebelum bangkit memastikan tempat ke final Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Tokyo 2020: Durant percaya barisan pemain AS mula temui rentak
Kevin Durant percaya pasukan Amerika Syarikat mula menemui keselesaan beraksi sebagai sepasukan dengan pingat emas Sukan Olimpik menjadi sasaran apabila melepasi rintangan berliku ketika mengatasi Sepanyol.
Olimpik Tokyo: Ramai mahu lihat pasukan AS gagal -- Durant
Kevin Durant yakin saingan Amerika Syarikat akan memasuki Sukan Olimpik Tokyo dengan yakin dapat menghasilkan kekecewaan.
Bola Keranjang: Durant bakal perkuat skuad AS ke Tokyo
Kevin Durant dijangka dapat berkomitmen mewakili Amerika Syarikat dalam Sukan Olimpik yang akan datang di Tokyo.
Madrid champion Swiatek keen to maintain level at Italian Open
Iga Swiatek clinched her ninth WTA 1000 title last week, and she is now looking to reach double figures in Rome.
Nottingham Forest unsuccessful in appeal against Premier League points deduction
Forest fail in PSR appeal
Wolff refuses to rule out meeting Verstappen over Mercedes move
Wolff: Verstappen talks possible
'Whatever we need, he'll provide' – Brunson continues stunning playoff run for Knicks
Jalen Brunson is in great company after scoring 40 points in four straight playoff games, the latest coming against the Indiana Pacers.
'Call it a day' – Casemiro told to quit Man Utd after hapless Palace display
Carragher: Time for Casemiro to go
Aaron-Wooi Yik, Justin Hoh among top 4 Thomas Cup moments
The 2024 Thomas Cup action concluded on Sunday with China reigning supreme over Indonesia after they cruised to a 3-1 victory. StadiumAstro recaps four of the best moments of this prestigious team event.
Napoli determined to finish poor season on a high with European qualification
Calzona: Napoli must finish well
Towns pledges Timberwolves will not waste Nuggets chance at 2-0 up
Having taken command of the series by winning back-to-back road games, the Minnesota Timberwolves are keen to make their position count.
Eriksen says Man Utd players must take blame for Selhurst Park rout
Michael Olise scored twice as Crystal Palace thrashed Manchester United at Selhurst Park on Monday.
Timberwolves rout Nuggets for 2-0 series lead
The Timberwolves took a 2-0 lead on the Nuggets, while Jalen Brunson again topped 40 points in a Knicks' win in Monday's NBA playoffs.