Atlet angkat berat, Muhammad Erry Hidayat dan penerjun Nur Dhabitah Sabri masing-masing dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) 2022 dalam majlis di Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Kedua-dua olahragawan dan olahragawati tersebut membawa pulang sijil, trofi, piala pusingan serta wang tunai RM3,000 yang disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Muhammad Erry dari Universiti Putra Malaysia (UPM) yang juga pemenang pingat perak Sukan Komanwel Birmingham menerusi acara 73 kilogram (kg) mengetepikan atlet karate, Muhammad Arif Afifuddin Ab Malik dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Sementara Nur Dhabitah pula merupakan pemenang pingat perak acara 3 meter papan anjal individu pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 menewaskan atlet menembak, Nurul Syasya Nadiah Mohd Arifin dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
"Anugerah ini penting sebagai suntikan semangat untuk saya meletak sasaran melakukan yang lebih baik terutamanya di kejohanan kelayakan Sukan Komanwel 2026.
"Proses kelayakan dijangka bermula tahun depan. Saya tidak menyertai Sukan Olimpik kerana berada di tangga ke-16 dunia. Bagi layak (Olimpik) perlu berada dalam kedudukan 10 teratas," kata Muhammad Erry kepada pemberita selepas majlis di Dewan Za'Ba KPT.
Sebagai rekod, majlis diadakan bagi memberikan penghargaan kepada atlet-atlet Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan pegawai-pegawai yang mengharumkan nama MASUM sepanjang 2022.
Pada majlis sama, Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Sukan Universiti Dunia (UNIVERSIADE) Chengdu, China turut diadakan.
Sinar Harian
Thu Jul 20 2023
Kejohanan Terjun Kebangsaan: Tiga penerjun negara terlepas saingan
Tiga penerjun senior negara, Datuk Pandelela Rinong, Nur Dhabitah Sabri dan Syafiq Puteh tidak beraksi di Kejohanan Terjun Terbuka Malaysia bermula esok.
Sukan Asia Hangzhou: Dhabitah terlepas podium saingan 1m papan anjal
Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri, terlepas peluang untuk menambah bilangan pingat untuk kontinjen negara selepas menamatkan saingan 1 meter papan anjal individu Sukan Asia Hangzhou di tempat keempat sebentar tadi.
Sukan Asia Hangzhou: Nur Dhabitah 'terkejar-kejar' kerana jadual padat, Wendy ucap selamat tinggal temasya
Nur Dhabitah Sabri mempamerkan sisi terbaiknya dengan membuktikan dirinya penerjun serba boleh dengan mengesahkan penyertaan dalam empat acara dalam Sukan Asia Hangzhou.
Sukan Asia Hangzhou: Pandelela-Nur Dhabitah butir pingat gangsa
Penerjun negara, Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri, membutirkan pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou dalam acara 10 meter platform seirama sebentar tadi.
Muhammad Erry, Nur Dhabitah terbaik MASUM 2022
Atlet angkat berat, Muhammad Erry Hidayat dan penerjun Nur Dhabitah Sabri masing-masing dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) 2022 dalam majlis di Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada malam tadi.
Kejohanan Akuatik Dunia: Kecederaan paksa Dhabitah tarik diri
'Dhabitah seorang pejuang', itu disifatkan Setiausaha Agung Persekutuan Renang Malaysia, Andy Low, yang percaya penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri, akan bangkit dan kembali merebut tiket ke Sukan Olimpik Paris.
Piala Dunia FINA: Nur Dhabitah ambil bahagian di sebalik masalah lutut
Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri, tetap akan beraksi dalam Piala Dunia FINA di Kanada yang akan berlangsung dari 5 hingga 7 Mei depan.
Yan Yee beri bayangan ikut jejak langkah Datuk Leong Mun Yee
Penerjun negara, Wendy Ng Yan Yee, memberikan bayangan bakal mengikut jejak langkah Datuk Leong Mun Yee selepas berpuas hati dengan pencapaian di Sukan Komanwel Birmingham 2022 baru-baru ini.
Sukan Komanwel Birmingham: Nur Dhabitah sebak selepas raih perak kedua peribadi
Penerjun elit negara, Nur Dhabitah Sabri, tidak dapat menahan sebak sebaik meraih pingat perak dalam acara 3 meter papan anjal individu wanita, Sukan Komanwel Birmingham 2022 awal pagi tadi.
Sukan Komanwel Birmingham: Gandingan Nur Dhabitah-Yan Yee butir pingat perak
Gandingan penerjun elit negara, Nur Dhabitah Sabri dan Wendy Ng Yan Yee, menambah koleksi pingat perak kontinjen negara dalam final acara terjun 3 meter papan anjal seirama wanita di pusat akuatik Sandwell sebentar tadi.
Norris celebrates first-ever Formula 1 win in Miami Grand Prix
Norris wins Miami Grand Prix
Mitchell, Cavaliers storm back to beat Magic in Game 7 and reach East semi-finals
Cavs beat Magic to reach East semis
Postecoglou: Spurs have a confidence problem to overcome
Postecoglou reflects on Spurs' loss
Roma 1-1 Juventus: Juve miss chance to close gap to second after draw with Roma
Report: Roma 1-1 Juventus
Chelsea 8-0 Bristol City: Blues rout hands Hayes perfect home send off
Report: Chelsea 8-0 Bristol City
Rublev claws back to down Auger-Aliassime in Madrid Open final
Rublev wins Madrid Open
Knight Riders dispatch Super Giants to move top of IPL
KKR move top of IPL
Klopp hails 'special' Anfield following Tottenham win
Klopp: Anfield was a special place
Ten Hag hopeful of Man Utd signings despite 'very good' basis to squad
Preview: Crystal Palace v Man Utd
Milan 3-3 Genoa: Thiaw own goal denies Rossoneri in six-goal thriller
Report: Milan 3-3 Genoa