Ketua jurulatih perseorangan lelaki negara, Datuk Misbun Sidek, tidak ada masalah untuk menukar portfolio dalam kem kebangsaan ketika dia dicanang sebagai individu yang mampu menyelamatkan program remaja negara.
Misbun mengesahkan ada perbincangan di antara dia dan kepimpinan tertinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk portfolio pengarah teknikal skuad remaja.
Jawatan itu diwujudkan susulan penstrukturan semula program pembangunan hasil kegagalan Malaysia mencabar Kejuaraan Remaja Asia dan Kejohanan Remaja Dunia tahun lalu.
Antara inisiatif awal BAM adalah dengan memindahkan program remaja membabitkan latihan dan pembelajaran sepenuhnya di Akademi Badminton Malaysia bermula tahun ini.
Aspirasi mengembalikan pengaruh skuad remaja negara sebagai antara terbaik dunia turut menawarkan tarikan buat bekas pemain kebangsaan itu.
"Masih dalam perbincangan. Memang buat masa sekarang, secara keseluruhan aspek remaja sudah mula kritikal disebabkan perkembangan pemain. Ia banyak tetapi mengapa tidak berkembang?" katanya.
Bagaimanapun, perlu ada ketelusan daripada BAM jika benar mereka mahukan khidmat Misbun sebagai pengarah teknikal skuad remaja.
Elemen kepercayaan penuh sebagai individu nombor satu penting untuk dia mencorakkan masa depan badminton negara.
"Saya punya bidang adalah di atas. Jika tiada apa-apa, saya memang kontraktor yang boleh membuat pelbagai bangunan yang canggih.
"Kalau untuk ke bawah, ia memudahkan tetapi saingan berdepan wakil China, Jepun dan Indonesia, misalnya, memang sesuatu yang besar. Namun, ia memang satu tugas dan bagi saya, ia bukan satu masalah."
Editor: Nafis Abdullah
Penulis Jemputan
Mon Jan 20 2020
'It can only get better' - Sabalenka leaving Madrid Open 'with positive thoughts' despite Swiatek defeat
Sabalenka upbeat after Madrid Open
'It hurts to lose' - Inzaghi apologises after Sassuolo defeat
Inzaghi sorry for Sassuolo defeat
Inter Miami 6-2 New York Red Bulls: Messi makes more MLS history as Suarez scores hat-trick
Report: Inter Miami 6-2 NYRB
NBA: Edwards scores 43 to lift Timberwolves over Nuggets in Game 1
Edwards scores 43 as Wolves win
Seattle Sounders v LA Galaxy: Sluggish starts frustrating Vanney
Preview: Sounders v LA Galaxy
Haaland pinpoints collective Man City quality after four-goal blitz of Wolves
Haaland lauds City team effort
Verstappen follows up sprint race win by taking pole at Miami Grand Prix
Verstappen takes pole in Miami
Mallorca 0-1 Atletico Madrid: Early Riquelme strike earns narrow win
Report: Mallorca 0-1 Atletico
Sassuolo 1-0 Inter: Serie A champions suffer surprise defeat
Report: Sassuolo 1-0 Inter
Xavi insists there is 'no debate' over his Barcelona future
Xavi: I am p***** off