Beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, layak ke final Kejohanan Badminton Masters Thailand selepas membenam cabaran beregu Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito, di Bangkok malam tadi.

Turun sebagai pilihan kedua, Tang Jie dan Ee Wei jelas tidak berdepan masalah untuk menumbangkan lawan pilihan ketiga berkenaan, di mana mereka menamatkan set pertama dengan kemenangan 21-11.

Bagaimanapun, keadaan agak mencemaskan buat pasangan negara itu dalam set kedua, di mana mereka tidak pernah mendahului sehinggalah mengikat kedudukan 15-15 sebelum menamatkan aksi selama 33 minit itu dengan kemenangan 21-17.

Mereka seterusnya akan bertemu beregu pilihan utama tuan rumah, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai, bagi penentuan gelaran hari ini.