Jurulatih beregu campuran negara, Pang Cheh Chang, yakin jika anak-anak buahnya dapat mengelak daripada menjadi mangsa lawan kurang ternama, mereka meraih peluang terbaik bagi menamatkan penantian bergelar juara dunia.
Saingan beregu campuran menyaksikan Malaysia cukup kukuh dengan pembabitan tiga gandingan dalam Kejohanan Dunia 2018 di Nanjing, China bermula Isnin ini.
Tumpuan sudah pasti kepada gandingan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying serta Goh Soon Huat-Shevon Lai yang mendapat laluan percuma ke pusingan berikutnya tatkala hanya Tan Kian Meng-Lai Pei Jing perlu bermula dalam pusingan pertama berdepan wakil Taiwan, Liao Min Chun-Chen Hsiao Huan.
Bagaimanapun, Cheh Chang sentiasa memberi peringatan kepada mereka agar kekal fokus kerana di peringkat ini, keupayaan lawan sentiasa berada di luar jangkaan.
"Jika dibandingkan Kejohanan Dunia dan kejohanan terbuka, ia berbeza kerana semua pemain bersedia. Selalu ada kejutan.
"Apa yang penting, pemain Malaysia harus mengelakkannya," ujar Cheh Chang.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebelum ini menyasarkan satu pingat mampu diraih dalam Kejohanan Dunia memandangkan ketika itu, jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei, dilihat selaku sandaran utama.
Namun, ketiadaan Chong Wei akibat masalah kesihatan menjadikan bahagian beregu campuran muncul taruhan terbaik untuk memastikan sasaran itu tercapai.
"Tipulah jika saya katakan ia bukan satu tekanan. Saya rasa pemain sendiri mahukan kejayaan itu.
"Di dalam gelanggang, mereka yang beraksi. Kami di barisan jurulatih hanya memberi tunjuk ajar dan membantu mengawal emosi mereka."
Sementara itu, Peng Soon mengakui dia terkesan dengan kehilangan aura yang sentiasa dibawa oleh Chong Wei dalam semua kejohanan utama sebelum ini.
Namun, dia yakin situasi yang menimpa jaguh perseorangan negara itu memberikan motivasi terbaik buat dia dan rakan sepasukan yang lain dalam Kejohanan Dunia kali ini.
"Jika dia (Chong Wei) tiada di sini, kami dalam semua bahagian harus kembali fokus. Jadi, kami tidak boleh gentar dan diharapkan semua pemain dapat beraksi lebih baik," katanya.
Peng Soon dan Liu Ying mempamerkan antara persembahan terbaik tahun ini apabila dua gelaran juara diraih dalam aksi Terbuka Amerika Syarikat dan Masters Thailand sambil bergelar naib juara Terbuka Indonesia dan Terbuka Australia.
Bagi Peng Soon, andai dapat bergelar juara dunia, ia sudah pasti menjadi hadiah terbaik selepas menyambut kelahiran cahaya mata ketiga, awal bulan ini.
"Saya harap sekurang-kurangnya dapat meraih pingat. Penyokong di Malaysia juga mengharapkan kami mengutip emas," tambahnya.
Penulis Jemputan
Fri Jul 27 2018
Masters Malaysia: Aaron Chia-Soh Wooi Yik tumbang mengejut
Kempen Aaron Chia-Soh Wooi Yik dalam Kejohanan Badminton Masters Malaysia menerima tamparan hebat apabila tumbang mengejut kepada pencabar dari Korea Selatan, sebentar tadi.
Masters Malaysia: Jawab soalan untuk menang dua tiket
Sempena Masters Malaysia 2024, anda berpeluang untuk memenangi satu tiket perlawanan Pusingan Separuh Akhir pada hari Sabtu (25/5/2024).
Badminton Terbuka Malaysia: Wakil negara tempah slot ke suku akhir lebih awal
Satu slot suku akhir acara beregu lelaki sudah pasti dalam genggaman apabila dua wakil negara, Aaron Chia/Soh Wooi Yik dan Goh Sze Fei/Nur Izzuddin bakal berentap sesama sendiri dalam aksi Pusingan 16 pada esok.
Badminton Terbuka Malaysia: Axiata Arena meriah sambut kemenangan pertama Malaysia di hari kedua
Beregu lelaki sensasi Malaysia, Goh Sze Fei/Nur Izzuddin menghadiahkan kemenangan pertama wakil Malaysia di hari kedua PETRONAS Malaysia Open 2024.
Daren anggap pingat gangsa di China penebus kesilapan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Liew Daren, berharap pingat gangsa dalam Kejohanan Badminton Dunia mampu menjadi penebus kekecewaan rakyat Malaysia terhadapnya ketika kempen Piala Thomas 2014 di New Delhi.
Aaron, Wooi Yik cetus harapan baru
Pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik, boleh diibaratkan sebagai bintang dalam pembikinan buat kem badminton Malaysia dan tidak mustahil berpeluang untuk merebut gelaran beregu utama kebangsaan, satu hari nanti.
Norza: Pemain profesional tetap mempunyai ruang
"Kami tetap beri peluang kepada pemain professional."
Tahap kecergasan Liu Ying timbulkan kegusaran
Di sebalik kekalahan dialami pasangan beregu campuran negara dalam pusingan suku akhir Kejohanan Badminton Dunia pada hari ini, perkara lebih merisaukan adalah keadaan fizikal pemain negara, Goh Liu Ying, yang sekali lagi ditimpa kecederaan dan berkemungkinan terlepas aksi dalam Sukan Asia 2018.
V Shem: Tolong ajar Yuchen, Junhui
Beregu utama lelaki negara, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong, mengharapkan agar tenaga muda, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik, mampu membalas kekalahan kepada wakil china, Li Junhui/Liu Yuchen, yang menyingkirkan mereka dalam pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia, semalam.
Malaysia perlu elak kejutan daripada lawan kerdil
Jurulatih beregu campuran negara, Pang Cheh Chang, yakin jika anak-anak buahnya dapat mengelak daripada menjadi mangsa lawan kurang ternama, mereka meraih peluang terbaik buat menamatkan penantian bergelar juara dunia.
Fonseca urges Milan to take more risks after lifeless Juventus draw
Fonseca wants Milan to take risks
Greaves hits unbeaten ton as West Indies dominate Bangladesh
West Indies dominate on day two
Dortmund got 'fully deserved victory' over Freiburg, says Sahin
Dortmund win was deserved - Sahin
Rodgers enjoying 'exciting period' as Celtic open gap at top of Scottish Premiership
Rodgers enjoying 'exciting' Celtic
Celta Vigo 2-2 Barcelona: Stunning late show denies 10-man Blaugrana
Report: Celta Vigo 2-2 Barcelona
Motta 'satisfied' despite drab goalless draw at Milan
Motta 'satsified' despite dull game
Gatland future up in the air after Wales suffer 12th consecutive loss
Gatland future still uncertain
Sinner and Berrettini send defending champions Italy into Davis Cup final
Italy into Davis Cup final
Correa 'showed what he can do' against Verona, says Inzaghi
Inzaghi: Correa deserved chance
Djokovic appoints Murray as coach for Australian Open
Murray appointed as Djokovic coach