Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Bawah 14 Tahun mempertahankan status sebagai juara Liga Piala Menteri Pendidikan Malaysia Bawah 14 Tahun untuk kali kedua berturut turut selepas menundukkan SMK Taman Desa 3-1.
Aksi final berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Johor pada Sabtu, AMD terlebih dahulu didepan menerusi jaringan Ahmad Yusuf Nasrullah Ahmad Ramli diminit ke 18 yang juga merupakan gol tunggal pada separuh masa pertama.
Anak didik Rodolfo Pereira Villa menggandakan asakan dan mencetak gol penyamaan diminit ke 40, lima minit selepas separuh masa kedua bermula menerusi rembatan Mohamad Fahim Akmal Zulkarnain.
Tiada pertambahan jaringan dicipta sehingga tamat masa penuh 70 minit permainan sekaligus mengheret permainan ke perlawanan masa tambahan.
Pemain pemain SMK Taman Desa yang juga merupakan Akademi Johor Darul Takzim (JDT) B14 tampak kehilangan fokus dan ia nyata dimanfaatkan oleh anak didik Ekhsan Bukharee Badarul Hisham.
Pemain gantian, Muhd Aiman Haqimi Mohd Sanusi muncul wira AMD B14 apabila meledak dua gol, bermula di minit ke 72 untuk meletakkan pasukannya didepan 2-1 sebelum menutup sisa perjuangan SMK Taman Desa dengan gol menerusi penalti diminit ke 77 untuk keputusan muktamad 3-1 memihak AMD B14.
Kemenangan ini sekaligus menyaksikan AMD B14 mempertahankan gelaran juara Liga Piala Menteri Pendidikan Malaysia B14 untuk kali kedua berturut turut.
Jelas Ketua Jurulatih AMD B14, Ekhsan Bukharee Badarul Hisham: “Terima kasih kepada pemain yang memberikan seratus peratus terhadap perancangan dan latihan yang telah kita buat, semuanya teratur.
“Pada separuh masa kedua, kita bermain secara normal, pemain pemain berikan yang terbaik, kita (jurulatih) tidak paksa dan mereka mahukan kemenangan dan hendak menunjukkan sesuatu.”
Kapten AMD B14, Muhd Iqbal Azhar melihat kejayaan yang dilakar sedikit sebanyak mengubati kekecewaan gagal utuk muncul juara Piala SuperMokh B14 pertengahan November lalu.
“Perlawanan ini memang bagus dan merupakan sejarah untuk kami. Di Piala SuperMokh kami sasarkan utuk menjadi juara tetapi gagal tetapi Alhamdulillah kami menang di kejohanan ini.
“Tahun depan kami mahukan lagi kejuaraan tetapi ia bukan tugas mudah dan kami akan terus berusaha.” Kata Iqbal
Rodolfo Pereira Villa mengakui pemain pemain tidak memanfaatkan peluang dengan sebaik mungkin sekaligus akur dengan gelaran naib juara.
“Kami lebih menekan menerusi beberapa pemain di separuh masa kedua meningkatkan kelajuan permainan dan mencipta lebih banyak peluang pada separuh masa kedua.
“Ini lah situasi perlawanan akhir. Jika tidak fokus sepanjang permainan sehingga 90 minit untuk perlawanan ini, kesilapan akan berlaku, pihak lawan akan mencari jaringan dan kami perlu menjaringkan gol tetapi kami hanya menjaringkan satu gol sahaja. Mereka (AMD B14) menggunakan peluang untuk menjaringkan gol,” kata Rodolfo.
ANUGERAH PEMAIN LIGA PIALA MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA B14 2024
Penjaring Terbanyak Liga Piala Menteri Pendidikan Malaysia B14 2024
Muhammad Syaifullah Bin Mahruzi - Akademi Mokhtar Dahari B14 - 14 Gol
Penjaga Gol Terbaik Perlawanan Akhir
Adam Nurfakrullah BinMohd Fadli - Akademi Mokhtar Dahari B14
Pemain Terbaik Perlawanan Akhir
Muhammad Syaifullah Bin Mahruz - Akademi Mokhtar Dahari B14
Anugerah Fair Play
SMK Taman Desa (Akademi JDT) B14
Ammar Hakim
Mon Dec 09 2024
EPL: Bukan 'hadiah' Krismas yang perlu dibanggakan -- Arne Slot
Ketua jurulatih Liverpool, Arne Slot, tidak mahu pasukannya berbangga dengan pencapaian terkini iaitu memimpin Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kelebihan 39 mata ketika perayaan Hari Natal.
Terima kasih, jumpa lagi Malaysia -- Pau Marti
Jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente, secara rasminya mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan kebangsaan selepas selesai tugasan terakhirnya dalam Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024, minggu lalu.
Tindakan FAM gantung keahlian KAFA mengelirukan -- Afandi
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Seri Afandi Hamzah, menganggap keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menggantung keahlian KAFA sebagai mengelirukan dan mengecewakan.
Saya sayang awak Malaysia! -- Giancarlo Gallifuoco
Pemain import berpengalaman Kuala Lumpur City, Giancarlo Gallifuoco, meluahkan rasa cintanya terhadap Malaysia selepas hampir empat tahun bermain dalam kancah Liga Super Malaysia bersama kelab tersebut.
Mengenang tragedi tsunami 2004: Anak angkat Cristiano Ronaldo di Indonesia diangkat sebagai duta
Anak angkat Cristiano Ronaldo yang berasal Indonesia, Martunis Ronaldo, diangkat sebagai Duta Kemanusiaan Global bagi pelantar digital, Disaster and Climate Technology Hub di UIN Ar-Raniry, Aceh.
Piala AMEC: Ini ucapan kapten Singapura sebelum singkir Harimau Malaya
Ucapan kapten Singapura, Hariss Harun, dalam bilik persalinan sebelum aksi berdepan Harimau Malaya mencuri perhatian.
Kau fikir kau siapa? -- Cristiano Ronaldo menangis dimarahi Alex Ferguson
Bekas pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand, berkongsikan kembali kenangan ketika rakan sepasukannya, Cristiano Ronaldo, dimarahi jurulatih hingga menyebabkan pemain itu menangis dalam bilik persalinan.
EPL: Saya tahu apa yang saya lakukan -- Jelas jurulatih Manchester United
Pengendali Manchester United, Ruben Amorim, menegaskan ketiadaan Marcus Rashford tidak menganggu pasukannya dengan dia menjelaskan tidak bercakap mengenai komennya baru-baru ini yang mencadangkan dia meninggalkan Old Trafford.
Pemenang jersi Harimau Malaya dengan tandatangan pemain akan diumumkan esok!
Pengumuman pemenang sehelai jersi Harimau Malaya yang ditandatangani barisan pemain kebangsaan sempena Kejohanan Bola Sepak Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024 akan diumumkan esok (Khamis).
Van Nistelrooy anggap sokongan peminat Manchester United di Malaysia seperti di Old Trafford
Legenda Manchester United, Ruud Van Nistelrooy, berkongsikan pengalamannya ketika tiba di Malaysia buat pertama kali dalam siri jelajah pasukannya itu pada 2001.
Guardiola: Man City in danger of not qualifying for Champions League
Pep: Man City might not reach UCL
Konstas shines on debut in Australia's strong start
Konstas stars on Austraila debut
Arteta says injury-hit Arsenal must be creative against Ipswich
Arteta: Arsenal must be creative
James, Lakers survive Curry’s 38 points to edge Warriors
James, Lakers edge Curry, Warriors
3 things about Zii Jia's new coach Yeoh Kay Bin
Yeoh Kay Bin was announced as Lee Zii Jia’s latest head coach on Christmas Day, following the departure of Wong Tat Meng. Stadium Astro looks at the background and achievement of the former national shuttler.
Hurzeler delighted by 'whole package' Wieffer
Preview: Brighton v Brentford
Mudryk to 'disconnect' from Chelsea amid FA investigation
Chelsea's Mudryk to 'disconnect'
Oscar makes return to Brazil with Sao Paulo
Oscar back in Brazil
Maresca believes Fernandez is growing in stature at Chelsea
Enzo delighted with Fernandez
Sensational Sinner heads into 2025 on top of the world
Sinner's stellar 2024 in numbers