Lagenda badminton & bekas pemain perseorangan lelaki Malaysia, Datuk Lee Chong Wei hari ini menitipkan kata-kata semangat buat pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024.

Menerusi satu hantaran melalui laman sosial Instagram, beliau memuji persembahan Lee Zii Jia yang telah beraksi sehabis baik untuk cuba melayakkan diri ke perlawanan penentuan pingat emas Sukan Olimpik kali ini.

"Anda telah melakukan yang terbaik Lee Zii Jia. Seluruh Malaysia berbangga dengan anda! Cuba lagi untuk 4 tahun akan datang. Kali ini, bawa pulang pingat gangsa dahulu. Kunlavut juga bermain dengan baik"



Lee Zii Jia akan turun beraksi di perlawanan penentuan pingat gangsa badminton perseorangan lelaki Sukan Olimpik Paris 2024 menentang pemain India, Lakshya Sen pada Isnin, 5 Ogos jam 8:30 malam waktu Malaysia.