Lee Chong Wei akan kembali bertembung dengan seteru utamanya, Lin Dan, di Kuala Lumpur minggu depan.

Ia sebenarnya merupakan sebahagian daripada usaha Yonex dengan mengadakan satu perlawanan persembahan badminton, The Legends' Vision, melibatkan legenda-legenda perseorangan badminton dunia dan dua legenda baru yang akan diumumkan dalam acara itu.

Setakat ini, barisan legenda dalam acara itu merupakan Chong Wei, Lin Dan, Peter Gade Christiansen, Taufik Hidayat dan Lee Yong-dae, yang merupakan pemain legenda negara masing-masing.