Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin turut menegaskan supaya tidak ada pihak mempersoalkan pemilihan pemain kerana baginya 26 pemain yang terpilih ke Qatar adalah yang terbaik.

"Kita kena redha, ini takdir", kata Hamidin.

Itu kata-kata yang keluar daripada Hamidin tentang keputusan yang dilakar oleh skuad negara pada kempen Piala Asia 2023.

"Dalam bola sepak memang kita akan alami kekalahan, tapi janganlah kita salahkan sesiapa, kita perlu bangkit dengan lebih baik", tambah Hamidin.

Hamidin turut mengatakan bahawa fokus utama Harimau Malaya ketika ini adalah untuk memastikan Malaysia layak ke Piala Asia 2027.

Sesi temubual penuh boleh disaksikan di platform Youtube Astro Arena.



Selepas mengharungi dua perlawanan, Malaysia kini memimpin kedudukan kumpulan D bagi saingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 dengan kali terakhir skuad negara mengatasi Chinese Taipei 1-0.

Saingan akan bersambung semula dengan kem negara bakal berdepan halangan Oman dalam dua perlawanan seterusnya iaitu pada 21 Mac dan 26 Mac 2024.