Saufi Tahir
Wed Dec 04 2024
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) bersama jaguh Ultimate Fighting Championship (UFC), Khabib Nurmagomedov, bagi pembukaan cawangan 'Khabib Gym' di Johor.
Sebelum ini, dia turut berpeluang ke Abu Dhabi untuk melihat sendiri kecanggihan Khabib Gym yang mempunyai fasiliti bertaraf dunia dalam sukan mempertahankan diri seperti seperti Jiu-Jitsu, Muay Thai, boxing, dan wrestling.
Usaha itu merupakan tanda komited Kerajaan Negeri itu dalam pembangunan fasiliti sukan bertaraf dunia yang memberikan manfaat buat masyarakat untuk melibatkan diri dalam kancah sukan itu selain melahirkan atlet bertaraf dunia.
"Pembukaan Khabib Gym di negeri Johor. Menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.
"Syukur Alhamdulillah, saya dan delegasi Kerajaan Negeri Johor berkesempatan mengadakan perjumpaan bersama Khabib 'The Eagle' Nurmagomedov, bekas Juara Dunia UFC Kategori Lightweight di Abu Dhabi.
"Semasa sesi mengadap DYAM Pemangku Sultan Johor dengan Khabib Nurmagomedov pada awal Oktober lalu, kami telah berbincang mengenai program pembangunan belia dan cadangan untuk membuka gimnasium latihan di negeri Johor.
"Menerusi perjumpaan hari ini, saya telah menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) bersama Khabib Nurmagomedov bagi pembukaan Khabib Gym di negeri Johor.
"Delegasi Kerajaan Negeri juga berpeluang melawat The Eagle, MMA atau Khabib Gym yang terletak di Abu Dhabi. Saya amat kagum melihat sendiri fasiliti bertaraf dunia yang ada di sini, termasuk MMA octagon serta ruang khas untuk seni mempertahankan diri seperti Jiu-Jitsu, Muay Thai, boxing, dan wrestling.
"Selain itu, gimnasium ini juga dilengkapi dengan peralatan lengkap untuk latihan kardio dan angkat berat. Fasiliti pemulihan juga turut disediakan, termasuk sauna dan kolam renang yang memberi peluang kepada pengguna mencapai prestasi terbaik dalam menjalankan latihan." katanya menerusi perrkongsian di Instagram
Tunggu dan lihat — TMJ
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, memberi bayangan tahun 2025 bakal menjadi detik yang paling hebat di antara semua pencapaiannya bersama juara Liga Super Super 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT).
Masanya sudah tiba -- Kata Josh Brownhill kepada TMJ
Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkongsikan perbualannya di laman Instagram bersama Josh Brownhill susulan mengaitkan dirinya mempunyai ada pertalian darah dengan Malaysia untuk mewakili Harimau Malaya.
Projek FAM: Tim Cahill bukan CEO Harimau Malaya -- TMJ
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menidakkan khabar angin yang mengatakan bekas pemain Australia, Tim Cahill, sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) dalam penstrukturan terbaru skuad Harimau Malaya di bawah projek Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Cklamovski bawa aku ke Arab Saudi!
“Tugasan mencabar buat jurulatih baru Harimau Malaya, bukan nama besar tapi miliki pengalaman luas bola sepak Asia menerusi pencapaian di pentas antarabangsa dan domestik. Welcome to Malaysia and good luck, Saudi here we go!”, itu pendedahan awal saya menerusi ciapan di laman sosial X mengenai jurulatih baru Harimau Malaya, Peter Cklamovski pada 9
Saya satu-satunya yang anda ada, yang lain setakat bercakap -- TMJ
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, memberikan maklum balas mengenai pemain Newcastle United, Isaac Hayden, yang dikhabarkan mempunyai pertalian darah dengan Malaysia seperti yang tular di media sosial. Pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) itu turut menjelaskan bahawa dirinya hanya diminta untuk membantu kerajaan Malaysia, Kementeria Be
Sesuatu yang besar akan berlaku -- TMJ
"Sesuatu yang besar akan berlaku tidak lama lagi." -- Itulah perkongsian Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, selepas mengadakan pertemuan bersama Presiden Paris Saint-Germain di Doha, Qatar semalam.
Projek FAM: Presiden FIFA taruh kepercayaan, yakin TMJ kemudi bola sepak negara
Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino, menyokong penuh projek terbaru Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang memberi penekanan khusus kepada skuad Harimau Malaya menjelang tahun depan.
TMJ beri bayangan Bergson, Hidalgo naturalisasi terbaru Harimau Malaya
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim (TMJ), sudah memberi bayangan terbaru mengenai penstrukturan semula skuad Harimau Malaya menjelang persiapan dalam Kelayakan Piala Asia 2027, tahun depan.
Khabib Nurmagomedov bakal buka gim di Johor
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) bersama jaguh Ultimate Fighting Championship (UFC), Khabib Nurmagomedov, untuk pembukaan 'Khabib Gym' di Johor.
ACLE: Nasib baik tak kalah -- TMJ
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim (TMJ), meluahkan kekecewaannya selepas perlawanan di antara Johor Darul Ta'zim (JDT) bertemu Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), sebentar tadi.
Inter out to avoid past derby mistakes against Milan
Inzaghi: Inter must avoid mistakes
Ancelotti hopeful Madrid star Vinicius will avoid suspension
Madrid hope Vini avoids suspension
McKenna frustrated as Ipswich pay the penalty at Craven Cottage
McKenna's Ipswich lose another lead
Le Bris hails Sunderland for overcoming physical Pompey test
Le Bris content with Black Cats win
Amorim 'really mad' at inconsistency as Man Utd show promise at Anfield
Amorim mad at Man Utd inconsistency
Slot happy with Liverpool mentality but acknowledges low block issue
Slot pleased with Reds mentality
PSG 1-0 Monaco: Stoppage-time Dembele goal wins record 13th French Super Cup
Report: PSG 1-0 Monaco
Celtic go 13 points clear as Rangers surrender two-goal lead
Celtic go 13 points clear
Milan derby won't strain friendship with Inzaghi, says Conceicao
Conceicao on Inzaghi friendship
Masood leads Pakistan fightback with century on day three in South Africa
Masood leads Pakistan fightback