Keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menukar lokasi perlawanan tertunda Liga Super di antara Perak FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) nyata mengecewakan peminat tuan rumah.
Lebih melukakan hati apabila stadium lawan iaitu Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor, dipilih penganjur liga itu sebagai lokasi perlawanan tersebut.
Bendahari Kelab Penyokong Bola Sepak Perak (Perak FC TBG Mobs), Muhammad Hamzah Md Hamdan, berkata apa juga alasan yang diberikan, seharusnya lokasi berkecuali dipilih dalam perlawanan penting seperti ini.
Menurutnya, penyokong menanggung kos tambahan begitu juga pihak pengurusan yang terpaksa menyediakan pengangkutan percuma kepada peminat yang ingin menonton perlawanan berkenaan.
"Saya peminat tegar Perak FC dan pemegang kad semusim 'Black'. Kami beli kad semusim paling mahal sebab nak berikan sokongan, bantu pasukan.
"Jadi saya ambil keputusan tak pergi ke SSI sebab kami beli pas semusim untuk tengok Perak FC main di Perak, bukan di tempat lawan.
"Sepatutnya MFL kena adil. Pilihlah stadium berkecuali, bukan pilih stadium lawan. Seperti mana perlawanan final, penganjur pilih tempat berkecuali supaya adil untuk kedua-dua pasukan," katanya hari ini.
Bagi Presiden Kelab Penyokong Yellow Mobs Perak, Azli Salleh, alasan diberikan MFL bahawa Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM) tidak selamat untuk perlawanan itu langsung tidak boleh diterima kerana dua perlawanan yang berlangsung sebelum ini berjalan lancar tanpa insiden tidak diingini.
Menurutnya, pihak penganjur harus memberikan kepercayaan kepada tuan rumah dan anggota keselamatan yang ditempatkan di stadium sepanjang perlawanan seperti amalan biasa sebelum ini.
"Kenapa Stadium MPM diklasifikasi sebagai tidak selamat sedangkan semua penyokong dan pasukan bertanding di venue tersebut sebelum ini selama tanpa sebarang insiden tidak diingini.
"Kami amat tidak setuju dengan keputusan ini kerana ia akan jadi satu kelebihan kepada JDT. Kami percaya jika perlawanan diadakan di MPM, Perak FC mampu memberi cabaran kepada JDT," katanya.
Kekecewaan sama diluahkan Ketua Penerangan Perak FC TBG Mobs, Abdul Salim Putera Ahmad Shibi yang menyifatkan keputusan tersebut menganiaya penyokong Perak FC.
Dakwanya, tidak pernah berlaku dalam sejarah bola sepak di negeri ini tiada satu pun stadium atau padang di Perak boleh menjadi lokasi perlawanan untuk pasukan tuan rumah hingga terpaksa bermain di tempat lawan.
"Secara peribadi saya agak terkilan dengan pengurusan Perak FC yang bersetuju untuk bermain di SSI sedangkan dua perlawanan sebelum ini tak ada isu padang atau lampu limpah pun. Kita tak nampak apa untungnya Perak FC bermain di sana sehingga terpaksa sediakan pengangkutan percuma.
"Fikirlah penyokong sendiri. Rekod kehadiran penyokong bagi perlawanan menentang JDT amat baik berbanding perlawanan lain. Sekurang-kurangnya buatlah di stadium berkecuali, bukan di tempat lawan," katanya.
Sementara itu tinjauan di media sosial juga mendapati beberapa kelab penyokong meluahkan rasa kecewa terhadap keputusan mengubah venue perlawanan tersebut.
The Supporters antara yang lantang mempersoalkan kewajaran pertukaran lokasi perlawanan tersebut kerana ia memberi kesan kepada tahap sokongan peminat terhadap bola sepak.
"Tiada apa yang dapat diluahkan selain rasa dikhianati dari segenap sudut. Apakah wajar perubahan ini dilakukan tanpa memikirkan kesan kepada jiwa-jiwa kami yang menatang penuh hormat pasukan ini?
"Mengapakah badan yang mengelola liga ini tidak mempunyai akal fikiran lain selain meletakkan langkah penyelesaian yang sama. Tiadakah gelanggang berkecuali yang dapat dipilih sebagai ganti? Di manakah letaknya maruah pasukan yang mewakili pelbagai masyarakat, pelbagai kawasan yang mencintai bola sepak?" jelas mereka menerusi hantaran di Facebook.
Untuk rekod, dua perlawanan Perak FC menentang Sabah FC dan Terengganu FC berlangsung di Stadium MPM selepas Stadium Perak menjalani kerja-kerja naik taraf padang.
Semalam, Perak FC menawarkan pengangkutan percuma kepada semua penyokong skuad The Bos Gaurus yang ingin ke SSI bagi menyaksikan perlawanan tertunda Liga Super di antara Perak FC dengan JDT, Ahad ini.
Terdahulu Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan perlawanan tertunda Liga Super 2024/2025 antara Perak FC dan juara bertahan JDT yang sepatutnya berlangsung di Stadium MPM ditukar ke SSI.
Dalam kenyataan pada Selasa, MFL memaklumkan Perak telah diminta untuk menamakan venue alternatif, berikutan risiko keselamatan bagi perlawanan berprofil tinggi itu.
Kredit: Sinar Harian
Stadium Astro
Wed Nov 06 2024
ACL2: Selangor tuntut disiplin, fokus di atas padang
"Lebih berdisiplin dan fokus", seruan itu menjadi penekanan pemangku jurulatih Selangor, Abdi Hassan, merujuk kepada jaringan tunggal Jeonbuk Hyundai Motors yang menjadi gol tunggal pertemuan semalam.
Sabah FC bukan untuk dijual
Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) menafikan mengadakan sebarang rundingan dengan mana-mana pihak yang mendakwa menerima tawaran penjualan saham kelab Liga Super, Sabah FC.
Kenapa bukan stadium berkecuali, soal pemegang pas bermusim Perak
Keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menukar lokasi perlawanan tertunda Liga Super di antara Perak FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) nyata mengecewakan peminat tuan rumah.
TERKINI: Akhyar Rashid bertunang dengan Eyka Farhana
Pemain skuad kebangsaan, Akhyar Rashid memuat naik gambar di laman sosial selepas selesainya majlis pertunangan dengan selebriti tanahair, Eyka Farhana.
Liga Super: Abdi Hassan puas hati prestasi Selangor di Alor Setar
Keputusan di atas kertas jelas kelebihan tampak memihak kepada skuad The Red Giants setelah menang dalam lima pertemuan terdahulu ke atas Kedah Darul Aman (KDA) dengan momentum itu diteruskan selepas menang tipis 1-0 dalam aksi minggu ke-15 Liga Super 2024/2025, malam tadi.
Nadi Bola Latihan Pasukan: Kedah Darul Aman lawan Selangor
Kalau tak pandai main, Goyang Dik Goyang! Menjelang pertemuan aksi Kedah Darul Aman menentang Selangor, saksikan Nadi Bola Latihan Pasukan pada 1 November, jam 5.00 Petang hanya di Astro Arena!
Info Siaran Langsung Liga Super: Jadual perlawanan Minggu Ke-15
Jadual perlawanan Liga Super minggu ke-15 (LS15) akan bermula esok.
Peletakan jawatan mengejut Nidzam Jamil jadi persoalan
Peletakan jawatan pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil, secara mengejut pada Rabu menimbulkan persoalan situasi yang sedang berlaku dalam skuad Gergasi Merah itu.
MFL kongsi perancangan bantu kemelut gaji Kedah Darul Aman
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Giorgio Pompili Rossi, memegang kata-kata pemilik Kedah Darul Aman, Tan Sri Daud Bakar, yang berjanji akan ada perubahan melibatkan kemelut pembayaran gaji tertunggak sejak awal musim ini.
Liga Super: JDT buat Selangor kempunan di laman sendiri
Hasrat Selangor untuk mendapatkan kemenangan dalam aksi Liga Super ke atas Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak kesampaian apabila tewas 0-3 di Stadium MBPJ, sebentar tadi.
Edu placed on gardening leave by Arsenal and replaced by Jason Ayto
Edu placed on gardening leave
'Outstanding' Jones has improved since becoming a father, says Slot
Slot lauds Jones' Reds displays
'Natural leader' Lukaku recalled to Belgium's Nations League squad
Lukaku recalled to Belgium squad
Kompany confident Bayern can continue prolific Bundesliga away form
Kompany confident in Bayern form
Haris and Saim lead Pakistan to record nine-wicket victory
Pakistan level Australia ODI series
Carsley yet to speak to incoming England coach Tuchel in person
Carsley hasn't met Tuchel yet
Lakers coach Redick storms out of press conference after Grizzlies defeat
Redick leaves press conference
Van Nistelrooy aiming to restore Old Trafford fear factor in final Man Utd outing
Preview: Man United v Leicester
Korea Masters: Aaron-Wooi Yik reach semis after comfortable win
Top seeds Aaron Chia-Soh Wooi Yik cruised into the Korea Masters semi-finals after a straightforward 21-17, 21-12 victory over South Korean pair Kim Jae-hyeon-Lee Sang-won in the last eight on Friday.
NBA: Antetokounmpo scores 31 in return to help Bucks snap slide
Antetokounmpo scores 31 in return