Penyerang muda, Haqimi Azim Rosli, bersedia untuk menggalas peranan sebagai penggempur utama atau pemain sayap Harimau Malaya menjelang aksi pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Republik Kyrgyz pada Khamis ini.

Menurut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pemain berusia 21 tahun itu sudah bersedia untuk diturunkan dalam kesebelasan utama bagi mengisi kekosongan pemain senior yang tidak dapat diturunkan dalam pertemuan kali ini seperti Romel Morales, Faisal Halim, Arif Aiman Hanapi dan Darren Lok.

Skuad negara berlepas ke Republik Kyrgyz pagi tadi sebagai persiapan untuk perlawanan kelima kumpulan D berkenaan.

Anda boleh saksikan siaran langsung perlawanan penting itu di Astro Arena HD saluran 801 bermula dengan prarancangan pada jam 10 malam, Khamis ini.