Kejohanan Jemputan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), yang bermula hari ini, menyerlahkan betapa berkaratnya kemahiran dan prestasi skuad negara selepas tempoh berehat panjang berikutan pandemik COVID-19.
Ia menyaksikan pemain pilihan saingan Divisyen 2, Lim Chong King, dan bekas juara remaja Asia, Leong Jun Hao, bergelut untuk menewaskan lawan masing-masing dalam perlawanan pertama di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara.
Dalam perlawanan sesi pagi, Jun Hao terpaksa bangkit daripada kekalahan set pertama bagi mencerahkan peluang untuk ke saingan Divisyen 1.
Selain mahu membuktikan dirinya sudah bebas daripada siri kecederaan berpanjangan sejak 2018, pemain berusia 21 tahun itu juga mahu memikat barisan kejurulatihan negara untuk dipilih menyertai skuad ke Piala Thomas 2020.
Jun Hao tewas 22-20 kepada Ter Chun Long dalam set pertama sebelum bangkit dengan kemenangan 21-16, 21-14 dalam dua set berikutnya.
"Saya agak lambat panas, mungkin ada sedikit rasa tekanan tetapi saya hanya melakukan yang terbaik untuk mendapatkan mata demi mata dan kembali mengejar.
"Memang akan penat sebab ranking saya ketika ini di tempat ketujuh, jadi saya perlu mengharungi Divisyen 2," katanya.
Sementara itu, Chong King mengakui lebih tertekan untuk mendapatkan kembali suasana kejohanan dan tidak dapat mengeluarkan prestasi sebenarnya meskipun mencatat kemenangan 21-15, 21-14 ke atas Low Eu Cong.
"Saya tidak fikir saya dapat mengeluarkan 100 peratus seperti yang biasa saya lakukan dalam kejohanan tetapi saya boleh katakan ia sudah mencapai 80 peratus.
"Tetapi ia masih terasa agak janggal kerana suasana dalam latihan dan kejohanan pasti berbeza," katanya.
Keputusan lain sesi pagi:
Muhammad Shaqeem Eiman Shahyar mn Wyman Goh (18-21, 21-9, 21-17)
Keputusan sesi petang:
Leong Jun Hao mn Low Eu Cong (23-21, 22-20)
Lim Chong King mn Muhammad Shaqeem Eiman Shahyar (19-21, 21-15, 21-14)
Wyman Goh mn Ter Chun Long (22-20, 21-16)
Muzaffar Musa
Wed Aug 05 2020
Piala Thomas: Leong Jun Hao hidupkan peluang Malaysia
Pemain perseorangan kedua negara, Leong Jun Hao, kembali meletakkan Malaysia di hadapan selepas mudah menewaskan wakil perseorangan dari Jepun, Koki Watanabe, sebentar tadi.
Piala Thomas: Saya terlalu cari kesempurnaan sehingga buat silap -- Leong Jun Hao
Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, berkata dia terlalu mencari kesempurnaan pada awal permainan sehingga tewas set pertama sebelum memenangi dua set berikutnya untuk memastikan kemenangan Malaysia ke atas Hong Kong dalam perlawanan pertama Piala Thomas di China sebentar tadi.
Masters Sepanyol: Leong Jun Hao mara ke suku akhir
Pemain perseorangan lelaki, Leong Jun Hao mengesahkan slot suku akhir Sepanyol Masters Super 300 selepas menewaskan pilihan keenam dari Taiwan, Lin Chun Yi dalam perlawanan pusingan ketiga pada Khamis.
SELBATC: Jun Hao tersungkur di tangan Hong Yang
Leong Jun Hao gagal butirkan mata pertama buat kem negara selepas akur tewas kepada Weng Hong Yang dalam aksi final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (SELBATC) 2024.
Masters Indonesia: Kenta Nishimoto tembok seterusnya buat Jun Hao
Penat lelah Leong Jun Hao terbayar apabila dia mengesahkan kemaraan ke undian utama Kejohanan Masters Indonesia untuk bertemu pemain di ranking 11 dunia, Kenta Nishimoto. esok.
Masters Indonesia: Jun Hao tiada masalah teruskan langkah
Bukan satu tugasan yang berat buat perseorangan lelaki nombor tiga negara, Leong Jun Hao melangkah ke undian utama Kejohanan Masters Indonesia apabila bijak menggunakan peluang untuk meranapkan impian Jason Teh dalam pertemuan selama 43 minit itu.
Malaysia Masters: Kemboja pentas pemanas badan terbaik Jun Hao
Perseorangan negara, Leong Jun Hao, menyifatkan Sukan SEA Kemboja 2023 pentas pemanas badan terbaik menjelang kejohanan Malaysia Masters 23 Mei ini.
Sukan SEA Kemboja: Leong Jun Hao teruskan misi individu
Selepas meraih pingat perak dalam acara berpasukan yang menyaksikan hanya perseorangan, Leong Jun Hao, menyumbang mata buat pasukan dan ternyata pemain kelahiran Kuala Lumpur itu mahu menebusnya dengan kilauan emas dalam acara individu.
Leong Jun Hao tekad balas kepercayaan BAM
Pemain perseorangan negara, Leong Jun Hao, berada di sasaran yang tepat untuk dinamakan pemain perseorangan kedua atau ketiga negara.
Masters Indonesia: Jun Hao dapat semangat baru
Pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, menyifatkan kejayaan merangkul gelaran Kejohanan Badminton Masters Indonesia kelmarin cukup manis buat dirinya selepas menempuh pelbagai cabaran dalam kariernya sebelum ini.
Vancouver Whitecaps v Austin FC: Sartini hails 'special' White ahead of enticing BC Place meeting
Sartini hails White ahead of Austin
Real Salt Lake v Sporting Kansas City: Mastroeni lauds team effort of Western Conference leaders
Mastroeni lauds Salt Lake
Hoffenheim 1-1 RB Leipzig: Kramaric denies visitors after Simons red card
Report: Hoffenheim 1-1 RB Leipzig
Alcaraz withdraws from Italian Open, Rublev to meet Auger Aliassime in Madrid
Alcaraz to miss Italian Open
Luton Town 1-1 Everton: Hatters squander opportunity to climb out of relegation zone
Report: Luton 1-1 Everton
Lakers fire coach Darvin Ham after swift first-round exit
Lakers fire Ham after 2 seasons
Everyone wants to beat Leverkusen, says Alonso ahead of Frankfurt clash
Alonso: Everyone wants to beat us
'It's football hunger' – Moyes intent on West Ham stay as Lopetegui speculation swirls
Moyes keen on West Ham stay
IPL: Iyer and Starc boost Kolkata's top-two hopes after Mumbai win
KKR down MI in IPL
Courtois to make first start this season as Madrid close in on title
Thibaut Courtois will make his long-awaited return this weekend, but Carlo Ancelotti will stick with Andriy Lunin in the Champions League.