Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky, memberikan perkembangan buat pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong.

Reaksi Rexy itu berhubung status kecergasan Tze Yong yang belum berada di tahap memuaskan pasca pembedahan belakang -- dengan Kejohanan Badminton Asia merupakan kejohanan terakhir untuk meraih mata kelayakan ke Sukan Olimpik Paris.

Tze Yong ketika ini menduduki ranking ke-17 -- satu anak tangga tersisih daripada slot merit 16 terbaik -- jika kondisi semasa jadi ukuran, Tze Yong tampak hampir pasti tidak dapat beraksi di Kejohanan Badminton Asia dan bakal terlepas slot ke Sukan Olimpik Paris.

"Terpulang kepada Tze Yong sama ada dia yakin atau tidak untuk bermain di BAC, jika tidak lebih baik fokus kepada Piala Thomas 2024 dan lupakan Olimpik.

"Tze Yong perlu all out kerana laluan untuk ke Olimpik dia perlu muncul juara (BAC)," katanya.