'Undi saya, saya tidak ambil gaji satu sen pun', itu yang diungkapkan oleh Dato' Seri Megat D. Shahriman Zaharudin, mengenai peluang untuk berkhidmat sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Megat Shahriman yang sebelum kekal selaku Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) untuk penggal kedua selepas menang dalam pemilihan AGM badan induk itu menewaskan Datuk Ahmad Shapawi Ismail bulan lalu.


Dan ketika ditemui wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, Megat Shahriman memberikan kata-kata ringkas jika di dipilih untuk memegang jawatan presiden FAM menerusi Kongres FAM dijangka akan berlangsung pada 15 Februari depan.