Malaysia terus mencari bakat muda untuk mengiringi Lee Zii Jia sebagai penerus legasi Datuk Lee Chong Wei dan Justin Hoh tidak berselindung untuk turut mengharumkan nama negara.
Meskipun gementar, pemain perseorangan nombor satu lelaki remaja negara itu tetap memberanikan diri untuk berbicara dengan wartawan Astro Arena, Shahrazad Sani.
"Saya tidak pernah bersua dengannya, saya ingin bertegur sapa dengannya," katanya.
Seperti bekas raja Siri Super itu, Justin berharap sentuhan magis daripada Pengarah Pembangunan Remaja Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Misbun Sidek, mampu menggilap bakatnya mencapai peringkat tertinggi dunia.
"Dia agak garang dalam latihan tetapi di luar, sikapnya OK sahaja," tambahnya.
Bagi yang mengikuti perkembangan pentas remaja negara, pemain berumur 16 tahun itu mula mencuri tumpuan menerusi gandingannya bersama Fazriq Razif.
Begitupun, waktu mereka dalam acara beregu mungkin tidak lama susulan kemahuannya untuk fokus dalam saingan perseorangan.
Dalam penentuan ranking dalaman skuad remaja baru-baru ini, Justin menamatkan kempen sebagai pemain nombor satu selepas mengatasi pemain lebih senior seperti Jacky Kok.
"Saya tidak banyak berfikir ketika beraksi jadi saya terkejut dapat meraih kejayaan itu.
"Saya lebih cenderung untuk beraksi dalas perseorangan berdasarkan fizikal saya.
"Walaupun kategori ini memerlukan saya lebih bekerja keras, saya sanggup hadapi cabarannya."
Shaiful Shamsudin
Mon Oct 26 2020
Piala Uber 2024: Senarai Pemain Malaysia, Jadual Pertandingan, Carta Kumpulan, dan Info Siaran Langsung (LIVE)
Ikuti perkembangan pasukan badminton negara di kempen Piala Uber 2024 di Chengdu, China secara langsung di laman web Stadium Astro untuk berita, video, jadual, carta kedudukan, dan info siaran langsung terkini.
Piala Thomas 2024: Senarai Pemain Malaysia, Jadual Pertandingan, Carta Kumpulan, dan Info Siaran Langsung (LIVE)
Ikuti perkembangan pasukan badminton negara di kempen Piala Thomas 2024 di Chengdu, China secara langsung di laman web Stadium Astro untuk berita, video, jadual, carta kedudukan, dan info siaran langsung terkini.
Mampukah 'mimpi indah' julang Piala Thomas '92 berulang?
Kemanisan menjulang Piala Thomas 1992 merupakan suatu detik terindah pernah dilakar pemain badminton kebangsaan.
Legenda badminton dunia berkumpul di menara Eiffel
Legenda Badminton negara, Lee Chong Wei, memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda yang menampilkan bekas pemain terbaik dunia dalam sukan itu seperti Lin Dan, Taufik Hidayat dan Peter Gade, baru-baru ini.
BAM pilih berahsia nilai ganjaran juara Piala Thomas
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Norza Zakaria, memilih untuk berahsia mengenai jumlah sebenar ganjaran yang dijanjikan kepada pemain negara seandainya dapat membawa pulang Piala Thomas ke bumi Malaysia.
Piala Thomas: Kami pikul bersama tanggungjawab besar nama Malaysia ke Chengdu -- Soh Wooi Yik
Kapten skuad badminton Piala Thomas, Soh Wooi Yik selesa andai tanggungjawab memikul tugasan penting di Chengdu digalas bersama dua rakan sepasukan, Aaron Chia dan Lee Zii Jia.
Badminton Masters Malaysia tarik perhatian barisan elit dunia
Kejohanan Badminton Masters Malaysia menggamit pemain utama dunia -- tiga bulan menuju Sukan Olimpik Paris.
Badminton Para Antarabangsa Sepanyol: Cheah Liek Hou cemerlang rangkul emas berganda
Jaguh badminton perseorangan para negara, Cheah Liek Hou, 36, memenangi pingat emas berganda dalam Kejohanan Para Antarabangsa Sepanyol 2024 Tahap 2 di Vitoria-Gasteiz, Sepanyol, malam tadi.
Info sidang media BAM menjelang Masters Malaysia
Ikuti pengumuman penting Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Menjelang Saingan Masters Malaysia 2024 pada jam 11 pagi ini.
Lee Chong Wei terkandas di Paris
Bekas pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai baru-baru ini.
Orlando City v Toronto FC: Pareja delighted with Lions’ character
Preview: Orlando City v Toronto FC
Nashville SC v San Jose Earthquakes: ‘A win would change everything’ - Godoy
Preview: Nashville v SJ Earthquakes
Liverpool agree compensation deal for Slot
Liverpool agree deal for Slot
QPR 4-0 Leeds United: Shock loss for Farke's men seals Leicester's promotion
Report: QPR 4-0 Leeds United
Real Sociedad 0-1 Real Madrid: Los Blancos edge closer to LaLiga title with win
Report: Real Sociedad 0-1 Madrid
Minnesota United v Sporting Kansas City: ‘It’s what I’ve waited for’ - Oluwaseyi
Preview: Minnesota v Sporting KC
‘We can’t control the Opta supercomputer’ – Eidevall says Arsenal’s destiny is in their own hands
Eidevall previews Everton clash
Brazil legend Marta to retire from international football
Brazil's all-time top scorer, Marta, is hanging up her boots at the end of the year.
IPL: Bairstow century gives Kings stunning win over KKR with record run chase
IPL: Bairstow century for Kings
Man City title hopes rocked by Shaw injury
Man City title hopes rocked