Stadium Astro
Mon Aug 19 2024
Pihak Polis memberkas lapan lelaki, termasuk remaja 16 tahun ekoran kekecohan yang berlaku ketika perlawanan bola sepak Liga Super antara Perak FC dan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Perak, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Perak ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, tujuh lelaki tempatan berumur antara 19 dan 32 tahun ditahan kerana membuat kekecohan dan provokasi yang boleh mengancam ketenteraman di tempat awam.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan di atas kesalahan melakukan gaduh gempar,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Abang Zainal Abidin berkata, polis turut menahan seorang remaja tempatan berumur 16 tahun kerana menghalang tugas pegawai polis dengan membaling botol ke arah anggota polis yang sedang bertugas.
Menurutnya, hasil saringan air kencing didapati suspek juga negatif dadah dan tiada rekod jenayah lampau.
Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas.
Katanya, pihak polis sedang melengkapkan siasatan dan akan merujuk kertas siasatan kepada Pendakwa Raya Negeri Perak untuk cadangan pertuduhan ke atas semua suspek.
Justeru pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil tindakan yang melangkaui undang-undang dan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian tersebut bagi mengelakkan kekeliruan dan kegusaran orang ramai.
Dalam pada itu, perlawanan Perak FC dan JDT di Stadium Perak malam tadi terpaksa dirunda ke tarikh baharu ekoran faktor cuaca buruk dan keadaan padang yang tidak mengizinkan.
Perkara tersebut dimaklumkan melalui pengumuman yang dibuat oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) selain tarikh baharu perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan akan diumumkan kelak. - Astro Awani
Penjaga gol muda PDRM patah tulang pipi dalam sesi latihan
Penjaga gol B-23 PDRM, Johan Shahzidane, mengalami kecederaan patah tulang pipi ketika berada dalam sesi latihan.
Liga Super: Tok Gajah beri PDRM mimpi ngeri
PDRM berdepan mimpi ngeri dibolosi empat gol dalam separuh masa pertama di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh sebelum tumbang 1-5 kepada Sri Pahang, sebentar tadi.
Kesebelasan utama: Terengganu pertaruh Nelson Bonilla gempur Sabah
Nelson Bonilla bakal diketengahkan buat kali pertamanya sejak dipancing Terengganu, dua minggu lalu.
Liga Super: Kalamullah Al-Hafiz sah ucap selamat tinggal kepada Kedah
Penjaga gol kebangsaan, Kalamullah Al-Hafiz, sah meninggalkan pasukan utara tanah air, Kedah Darul Aman, apabila memilih untuk menamatkan kontraknya lebih awal secara persetujuan bersama.
Liga Super: Negeri Sembilan makan hati lagi di Paroi, Perak menang tipis
Negeri Sembilan terus dihantui badi kekalahan di halaman sendiri selepas gagal membuktikan kelebihan bermain di hadapan penyokong kesayangan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, sebentar tadi.
Separuh masa Liga Super: Negeri Sembilan buntu atur serangan balas, Perak kempunan jaringan
Pasukan pelawat, Perak, gagal memanfaatkan peluang untuk mendahului perlawanan berdepan Negeri Sembilan meskipun mempunyai banyak peluang sebelum tamat separuh masa pertama di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, ketika ini.
Kesebelasan Utama Liga Super: Misi Sang Rusa dapatkan kemenangan pertama di halaman sendiri
Negeri Sembilan memburu kemenangan pertama di halaman sendiri apabila menurunkan kesebelasan terbaik demi meraih tiga mata penuh di hadapan peminat tempatan selain mahu menewaskan pasukan Perak, sebentar nanti.
Liga Super: Haqimi Azim tekad guna sebaik mungkin peluang
Bintang muda Kuala Lumpur City FC sedang meningkat naik, Haqimi Azim Rosli mahu membalas kepercayaan pengendali The City Boys, Miroslav Kuljanac pada aksi Liga Super menentang Kedah Darul Aman FC, Sabtu ini.
Selangor FC dan Terengganu FC sepakat tunda aksi
Selangor FC dan Terengganu FC mencapai persetujuan untuk menunda aksi Liga Super Malaysia minggu ke-11 (LS11) yang dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 21 September.
Liga Super: JDT jinakkan ngauman Harimau Kumbang
Sebaik bermulanya perhitungan, Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak memberi banyak kesempatan untuk Penang mengatur tindakan, malah juara bertahan itu hanya memerlukan tiga minit untuk merobek gawang barisan kendalian Akmal Rizal Rakhli tersebut.
Kompany dreaming of leading Bayern to Champions League home final
Kompany dreaming of home final
Frank aims to 'find solutions' after being dealt Wissa injury update
Brentford confirm Wissa injury
Ricciardo ready to experience the world of motorsport amid F1 exit rumours
Ricciardo keeping options open
Liverpool opener a chance to show Milan progression, says Fonseca
Fonseca focused on Liverpool test
Koopmeiners backed to shine in Champions League opener by Motta
Motta: Koopmeiners will shine
Premier League MD4: Lucky winners and unlucky losers
PL lucky winners, unlucky losers
Russell 'surprised' by Baku podium as Hamilton lauds next generation
Russell surprised with Baku podium
Real Madrid handed injury boosts ahead of Champions League opener
Madrid receive injury boosts
Messi vows to keep fighting for title after stellar Miami return
Preview: Inter Miami v Atlanta
Barcelona dealt injury blow with Olmo out for five weeks
Olmo out injured for five weeks