JDT 5 PENANG 0
Sebaik bermulanya perhitungan, Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak memberi banyak kesempatan untuk Penang mengatur tindakan, malah juara bertahan itu hanya memerlukan tiga minit untuk merobek gawang barisan kendalian Akmal Rizal Rakhli tersebut.
Oscar Arribas memulakan kenduri gol tuan rumah sebentar tadi meskipun pelawat cuba kekal tenang untuk menguji ketangkasan penjaga Harimau Selatan, Syihan Hazmi Mohamed.
Hasilnya pada minit ke-20, sandaran baru Harimau Kumbang yang hadir dengan reputasi hebat selaku pemain yang menjuarai Liga A, Australia, dan Piala AFC bersama Central Coast Mariners musim lalu, Dylan Wenzel-Halls, menguji pintu gol juara Liga Malaysia (Liga-M) itu, namun sempat ditepis penjaga gol 28 tahun tersebut.
Namun, Penang kembali dihukum dengan sentuhan pemusnah Jorge Obregon yang melakukan kemunculan pertamanya bersama JDT malam ini.
Tidak cukup dengan satu, bekas produk Boca Juniors itu terus mengganas dengan memastikan gol kedua peribadinya dan Penang bertambah tertekan apabila JDT dikurniakan pula sepakan penalti pada minit ke-66 yang mana tiada masalah buat Bergson da Silva untuk menyumbat gol keempat skuad Harimau Selatan.
Arribas hampir menambah lagi kelebihan JDT pada minit ke-69, namun Sikh Izhan bijak bertindak.
Di penghujung permainan, satu lagi sepakan penalti memihak JDT dan Arif Aiman Hanapi tiada masalah untuk menamatkan prlawanan dengan kemenangan 5-0.
Shaiful Shamsudin
Thu Sep 12 2024
Liga Super: Ramadhan ikut jejak langkah Hazwan Bakri ke Kuching City
Bintang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Ramadhan Saifullah Usman, antara muka baharu yang akan memperkuatkan jentera serangan Kuching City FC bagi mengharungi baki perlawanan saingan Liga Super 2024.
Penjaga gol muda PDRM patah tulang pipi dalam sesi latihan
Penjaga gol B-23 PDRM, Johan Shahzidane, mengalami kecederaan patah tulang pipi ketika berada dalam sesi latihan.
Liga Super: Tok Gajah beri PDRM mimpi ngeri
PDRM berdepan mimpi ngeri dibolosi empat gol dalam separuh masa pertama di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh sebelum tumbang 1-5 kepada Sri Pahang, sebentar tadi.
Kesebelasan utama: Terengganu pertaruh Nelson Bonilla gempur Sabah
Nelson Bonilla bakal diketengahkan buat kali pertamanya sejak dipancing Terengganu, dua minggu lalu.
Liga Super: Kalamullah Al-Hafiz sah ucap selamat tinggal kepada Kedah
Penjaga gol kebangsaan, Kalamullah Al-Hafiz, sah meninggalkan pasukan utara tanah air, Kedah Darul Aman, apabila memilih untuk menamatkan kontraknya lebih awal secara persetujuan bersama.
Liga Super: Negeri Sembilan makan hati lagi di Paroi, Perak menang tipis
Negeri Sembilan terus dihantui badi kekalahan di halaman sendiri selepas gagal membuktikan kelebihan bermain di hadapan penyokong kesayangan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, sebentar tadi.
Separuh masa Liga Super: Negeri Sembilan buntu atur serangan balas, Perak kempunan jaringan
Pasukan pelawat, Perak, gagal memanfaatkan peluang untuk mendahului perlawanan berdepan Negeri Sembilan meskipun mempunyai banyak peluang sebelum tamat separuh masa pertama di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, ketika ini.
Kesebelasan Utama Liga Super: Misi Sang Rusa dapatkan kemenangan pertama di halaman sendiri
Negeri Sembilan memburu kemenangan pertama di halaman sendiri apabila menurunkan kesebelasan terbaik demi meraih tiga mata penuh di hadapan peminat tempatan selain mahu menewaskan pasukan Perak, sebentar nanti.
Liga Super: Haqimi Azim tekad guna sebaik mungkin peluang
Bintang muda Kuala Lumpur City FC sedang meningkat naik, Haqimi Azim Rosli mahu membalas kepercayaan pengendali The City Boys, Miroslav Kuljanac pada aksi Liga Super menentang Kedah Darul Aman FC, Sabtu ini.
Selangor FC dan Terengganu FC sepakat tunda aksi
Selangor FC dan Terengganu FC mencapai persetujuan untuk menunda aksi Liga Super Malaysia minggu ke-11 (LS11) yang dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 21 September.
Postecoglou warns 'no easy or quick fix' for Spurs after Coventry scare
'No easy or quick fix for Spurs'
Inzaghi content with Man City draw but laments Inter misses
Inzaghi content with Etihad draw
'I love my team' – Guardiola proud of Man City despite Inter blank
Guardiola proud of Man City efforts
Arteta confirms Arsenal captain Odegaard out 'for a while' with ankle injury
Arteta: Odegaard out for a while
Man City 0-0 Inter: Guardiola's men frustrated in repeat of 2023 final
Report: Man City 0-0 Inter
Club Brugge 0-3 Borussia Dortmund: Gittens nets twice as last season's finalists open with win
Report: Club Brugge 0-3 Dortmund
Paris Saint-Germain 1-0 Girona: Gazzaniga's late error spoils visitors' Champions League bow
Report: PSG 1-0 Girona
Coventry City 1-2 Tottenham: Late Spurs turnaround breaks Sky Blues' hearts
Report: Coventry 1-2 Tottenham
Celtic 5-1 Slovan Bratislava: Engels stars as Rodgers' men make dominant start
Report: Celtic 5-1 Bratislava
Afghanistan claim South Africa scalp as Farooqi and Ghazanfar share seven wickets
Afghanistan claim Proteas scalp