Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan skuad Bawah 23 (B-23) tahun negara kendalian Juan Torres Garrido yang menamatkan kempen Piala Asia B-23 2024 di Qatar dengan menduduki tangga tercorot Kumpulan D.
Pengarah Teknikal FAM, Scott O'Donell berkata, beberapa faktor telah dikenal pasti sebagai punca kepada skuad muda negara itu pulang tanpa sebarang mata apabila tewas ketiga-tiga perlawanan kepada Uzbekistan 2-0, Vietnam 2-0 dan Kuwait 2-1.
Menurutnya, aspek kecergasan perlawanan (match fitness) menjadi penyebab utama para pemain terbaik Harimau Muda yang dikumpulkan dalam skuad berkenaan gagal memberikan saingan terbaik pada kejohanan yang disertai 16 pasukan terbaik Asia itu.
"Masalah utama dalam skuad Harimau Muda ini ialah kekurangan masa permainan atau jumlah perlawanan yang dimiliki setiap pemain terbaik dalam skuad B-23 yang kita ada ini.
"Jika kita lihat menerusi statistik, tak ramai pemain dalam skuad ini yang mendapat minit permainan bersama kelab masing-masing dalam saingan Liga Super musim lalu. Hanya empat pemain.
"Penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel dengan 2,250 minit bersama Negeri Sembilan FC, Mukhairi Ajmal dengan 1,684 minit bersama Selangor FC, T. Saravanan dengan 1,252 minit bersama Kuala Lumpur City dan Safwan Mazlan dengan 1,063 minit bersama Terengganu FC.
"Selebihnya pemain-pemain lain hanya memiliki minit permainan kurang daripada itu dalam saingan Liga Super 2023," ujarnya.
Kekurangan minit permainan tersebut menurut O'Donell, ditambah pula dengan keadaan semasa yang mana Liga Malaysia sedang berehat panjang sejak Januari lalu sementara menantikan musim baharu 2024/25 bermula 10 Mei depan, sekali gus menyumbang kepada kesan lebih teruk membabitkan aspek kecergasan perlawanan.
"Ketiga-tiga pasukan dalam Kumpulan D iaitu Uzbekistan, Vietnam dan Kuwait, kesemuanya liga domestik mereka sedang rancak berjalan dan sebagai perbandingan, kita boleh lihat yang para pemain mereka berada pada tahap kecergasan terbaik di sepanjang kempen Piala Asia B-23 2024 ini.
"Sedangkan kita mula berkumpul pada 17 Mac lalu dan pemain-pemain yang bersama skuad senior serta beberapa pemain lain hanya menyertai pasukan, seminggu kemudian.
"Ditambah pula dengan kebanyakan pasukan kelab ketika itu belum memulakan lagi siri latihan pramusim Liga Super menjadikan pemain-pemain yang datang ke kem latihan pusat skuad B-23 negara ini pada tahap kecergasan yang cukup rendah," ujarnya.
O'Donell juga menegaskan bahawa FAM perlu melihat semula kepada penstrukturan pertandingan peringkat bawah umur di negara ini supaya para pemain muda kita mendapat lebih perlawanan kompetitif.
"Menurut Persatuan Kelab-Kelab Eropah (ECA), purata jumlah perlawanan yang perlu dimainkan setiap pasukan remaja kelab di Eropah adalah dalam lingkungan 35 hingga 50 perlawanan setahun.
"Untuk Piala MFL 2023 (pertandingan B-23 kebangsaan), jumlah perlawanan minimum ialah 12 perlawanan dan maksimum 20 perlawanan bagi pasukan yang layak ke final.
"Jika seseorang pemain muda itu bermain dengan pasukan yang berada di kedudukan terbawah, dia hanya akan bermain 12 perlawanan kompetitif secara maksimum di sepanjang musim lalu.
"Piala Presiden 2023 (pertandingan B-20 kebangsaan) pula minimum 13 perlawanan dan maksimum 16 perlawanan, Piala Belia 2023 (pertandingan B-18 kebangsaan) minimum 11 perlawanan dan maksimum 14 perlawanan manakala Liga SupaRimau (pertandingan peringkat akar umbi) dengan minimum 24 perlawanan di sepanjang tahun," jelas beliau.
Bagaimanapun, format pertandingan-pertandingan tersebut telah ditambah baik oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan FAM bagi saingan musim 2024 ini dengan setiap pasukan di Piala MFL akan bermain sejumlah 24 perlawanan, Piala Presiden minimum 14 perlawanan dan maksimum 20 perlawanan manakala Piala Belia minimum 16 perlawanan dan maksimum 22 perlawanan semusim.
Selain itu, O'Donell juga berharap agar skuad B-23 negara perlu menggunakan jendela antarabangsa FIFA dengan lebih baik pada masa akan datang.
"KIta perlu memberikan mereka lebih pendedahan antarabangsa untuk bermain sebagai satu pasukan menentang pasukan B-23 kebangsaan negara lain dan bukan hanya menyediakan pasukan kita sebelum kejohanan B-23 seperti AFC dan Sukan SEA.
"Jika kita tidak dapat mengaturkan perlawanan persahabatan antarabangsa B-23 pun, kita sekurang-kurangnya boleh mengadakan kem latihan untuk memberi peluang kepada jurulatih lebih mendekati pemain pada setiap jendela antarabangsa FIFA.
"Kita harus menerima hakikat bahawa kita tidak selalunya akan dapat menggunakan pemain-pemain terbaik untuk skuad B-23 negara, jadi kita harus mengembangkan lagi senarai pemain B-23 yang layak bersama skuad muda negara," ujarnya.
Tambah O'Donell, beliau bersama-sama Juan Torres, pengendali Harimau Muda akan menyediakan laporan lengkap Piala Asia B-23 2024 untuk dibentangkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Pasukan-pasukan Kebangsaan FAM.-Sinar
Stadium Astro
Wed Apr 24 2024
Piala ASEAN: Kim Pan-gon rancang turunkan skuad terbaik Harimau Malaya
Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon, mahu mempersiapkan skuad terbaik bagi menghadapi Piala ASEAN yang berlangsung dari 23 November hingga 21 Disember depan.
Faisal Halim dijangka pulih lebih cepat
Masih terlalu awal untuk menakrifkan pemain bola kebangsaan, Faisal Halim yang sebelum ini dilaporkan kritikal akibat disimbah asid sebagai pulih berikutan masih dalam pemantauan dan perhatian rapi pihak perubatan.
Harimau Malaya bakal uji kekuatan Indonesia?
Harimau Malaya dijangkakan akan menguji kekuatan Indonesia dalam satu perlawanan persahabatan sebelum bermulanya saingan ASEAN Cup 2024 nanti.
Kulit paha Faisal mungkin diguna untuk tampal luka lecuran
Pemain Selangor FC, Faisal Halim akan menjalani pembedahan 'split skin graft' (SSG) yang dijadualkan pada minggu depan selepas kejayaan tiga pembedahan sebelum ini.
Selangor sudah tidak sabar bertemu Kedah -- Nidzam Jamil
Ketua jurulatih Selangor, Nidzam Jamil, tidak sabar untuk menghadapi perlawanan 'sulung' Gergasi Merah bertemu Kedah dalam aksi Liga Super Sabtu ini.
Faisal Halim mungkin dibenarkan pulang dua minggu lagi
Pemain Selangor, Faisal Halim, berkemungkinan dibenarkan pulang dalam tempoh sekurang-kurangnya dua minggu lagi selepas keadaan kesihatannya bertambah baik.
Faisal Halim figura kebangkitan sebenar
Pada Selasa, 14 Mei 2024, Nadi Terkini membawakan perkembangan yang dinanti-nantikan berkenaan hero Malaysia, Faisal Halim, di mana insiden membabitkan beliau bukan setakat menggegarkan satu negara, malah satu dunia.
Selangor harap ada perkembangan siasatan kes Faisal Halim
Selangor berharap agar pihak berkuasa dapat memberikan perkembangan terkini mengenai siasatan kes simbahan asid membabitkan tonggak utama Gergasi Merah, Faisal Halim.
TERKINI: Faisal Halim teringin makan nasi kandar
Penyerang skuad kebangsaan, mendapat perkhabaran positif apabila telah dipindahkan ke wad biasa bagi meneruskan proses pemulihan di hospital ketika ini.
TERKINI: Faisal Halim kini dipindahkan ke wad biasa
Penyerang skuad kebangsaan, Faisal Halim, mendapat perkhabaran positif apabila telah dipindahkan ke wad biasa bagi meneruskan proses pemulihan di hospital ketika ini.
'Maybe we can change that' - De Roon believes Atalanta can end Leverkusen unbeaten run
Atalanta are looking to end their 61-year major trophy drought in the first European final against Bayer Leverkusen on Wednesday.
Alonso: Self-confidence is driving Leverkusen forward
Bayer Leverkusen are looking to lift their second trophy in a potential unbeaten treble when they face Atalanta in the Europa League final.
Liverpool have to expect change under Slot, says Zenden
Liverpool officially confirmed on Monday that Arne Slot will be Jurgen Klopp's replacement, with the Dutchman due to take over on June 1.
Victor Wembanyama makes history with All-Defensive team selection
Wembanyama is just the sixth rookie to be named All-Defense and is the first voted to the first team
Kjaer to leave Milan at end of season
After four years at the club, Simon Kjaer will say goodbye to Milan when his contract expires at the end of the season.
Pochettino leaves Chelsea after one season
Despite ensuring a top-six finish for Chelsea in the Premier League, Mauricio Pochettino will not be in charge for a second season.
IPL: KKR ease past SRH into IPL final
IPL: KKR into IPL final
Putellas signs two-year deal with Barcelona
Putellas signs new Barca contract
Alonso wants to write more history with Leverkusen in Europa League final
Alonso hopeful about making history
Southgate envisages central role for 'brilliant' Foden at Euro 2024
Gareth Southgate has promised to give Phil Foden the freedom to affect games from a central position for England at Euro 2024.