Kelab Selangor, Muhammad Abu Khalil, kepada kelab Liga J3 di Jepun, FC Osaka, secara pinjam bermula bermula bulan ini setelah selesai percubaan pemain muda itu sejak 24 Jun lalu.

Dia terbabit dalam 18 perlawanan Piala MFL musim lalu hingga dipanggil buat pertama kalinya dalam Liga Super Malaysia pada tahun sama, disusuli disenaraikan dalam Piala Asia B-23.

“Alhamdulillah, siapa sangka rezeki saya untuk beraksi di luar negara. Pertama sekali, saya ingin berterima kasih kepada kelab Selangor FC kerana membenarkan saya berkelana di Jepun bersama kelab FC Osaka secara pinjaman. Saya lihat ini adalah peluang untuk mengembangkan lagi diri dalam karier bola sepak dengan sistem yang mereka bawa.

"Secara jujurnya, banyak saya dapat belajar daripada sesi percubaan tempoh hari.





"Saya juga amat bersyukur kerana FC Osaka mempercayai akan kebolehan saya untuk menambahbaik kekuatan pasukan mereka dalam saingan Liga J3. Saya akan berikan yang terbaik untuk banggakan keluarga, Selangor FC dan Malaysia dengan harapan lebih banyak bakat tempatan dipandang oleh negara luar. Insya-Allah," katanya di laman sesawang rasmi kelab Gergasi Merah.,

Muhammad sempat menyumbangkan gol gol dalam sesi percubaan itu dan FC Osaka menyifatkan gerakan serangan Muhammad sebagai yang terbaik dalam pasukan sepanjang dia di sana.