Hubungan sulit seorang pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris yang membawa wanita lain pulang ke rumah disedari isterinya selepas meneliti rakaman dari loceng pintu rumah.

Lebih tidak bermoral, pemain bola sepak yang bermain untuk negaranya pada Euro 2024 musim panas ini, didakwa melakukan perbuatan itu ketika isteri dan anak-anaknya pergi bercuti. Si isteri kemudiannya menerima pesanan menerusi Instagram yang berbunyi: “Saya tidur dengan suami awak”.

Mesej itu turut diselit dengan gambar dua orang di atas katil bersama-sama, tanpa wajah mereka ditunjukkan. Namun terlihat pada dinding di latar belakang adalah gambar pemain bola sepak itu memeluk isteri dan anak-anaknya.

Si isteri dilaporkan menghalau pemain itu keluar dari rumah keluarga dan bertindak mengakhiri perkahwinan, tetapi lebih teruk lagi, cerita itu bocor dalam kalangan rakan sepasukan pemain bola sepak sebelum Euro sekaligus menimbulkan rasa janggal untuk tempuhi kejohanan tersebut.