Selepas tersingkir dari cabaran Liga Juara-Juara Eropa (UCL) rabu lalu, pasukan dari London, Arsenal, kembali dalam rentak untuk mengintai kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Biarpun di bezakan dengan hanya satu mata di belakang pencabar utama, Manchester City, 'The Gunners' tetap optimis untuk merialisasikan impian bergelar juara EPL selepas kali terakhir merangkul trofi pada musim 2003-04, sekitar 15 tahun yang lalu.

Anak buah Mikel Arteta telah mencipta sebanyak 24 peluang ketika berdepan pasukan Wolverhampton Wanderers sambil menguasai permainan lebih dari 55 peratus perlawanan semalam.

Leandro Trossard dan Martin Odegaard muncul sebagai wira Arsenal untuk memastikan pasukan itu mengutip tiga mata penuh dan kembali sebagai pendahulu liga.

Arsenal akan berdepan Chelsea dalam 'London Derby' untuk aksi seterusnya pada Rabu ini.