Pengendali Liverpool, Arne Slot, menyatakan pasukannya masih perlu terus memperbaiki beberapa aspek kelemahan walaupun memulakan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dengan langkah kanan.

Jaringan daripada Luis Diaz dan Mohamed Salah dalam kemenangan 2-0 ke atas Brenford pada semalam meneruskan rekod sempurna pengendali berusia 45 tahun itu berikutan kemenangan dalam perlawanan pembukaan liga menewaskan Ipswich Town minggu lalu.




Pasukannya itu masih belum bolos dalam dua perlawanan dan telah menjaringkan empat gol sekali gus menjadikan dirinya sebagai pengendali pertama skuad The reds sejak April 1991 yang memenangi dua perlawanan liga dalam musim pertamanya.

Namun, dia tahu ia masih terlalu awal untuk mengikuti jejal langkah bekas pengendali, Jurgen Klopp.

"Peminat suka melihat pasukan mereka bermain dengan sangat baik tetapi mereka juga suka melihat pasukan yang bekerja sangat keras" katanya kepada BBC Sport.






"Kami menang ke atas Ipswich Town dan Brentford, dua pasukan yang bagus tetapi tidak boleh disangkal lagi bahawa mereka akan berada di kelompok enam teratas pada tahun mendatang. Kami perlu buktikannya dalam setiap perlawanan nanti." ujarnya.