Waspada dengan ancaman wabak koronavirus baru (Covid-19) memaksa Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menunda kejohanan beprestij, Piala Thomas dan Uber, yang sepatutnya berlangsung dua bulan dari sekarang kepada 15 Ogos depan.
Keputusan itu dibuat setelah BWF berbincang dengan tuan rumah, Denmark, mengenai situasi semasa di Eropah yang dikhuatiri tidak dapat melangsungkan kejohanan mengikut tarikh sebenar, iaitu dari 16 hingga 24 Mei.
Apatah lagi, undian melibatkan dua saingan itu setakat ini , sepatutnya diadakan pada 18 Mac lalu, masih tidak dapat dijalankan.
Setelah mengambil kira semua aspek, BWF mengumumkan kejohanan tersebut dianjak sejurus tamat Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Penundaan tarikh kejohanan itu mendapat reaksi positif daripada beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Teo Ee Yi.
Biarpun peluang ke Jepun semakin tipis, pemain di ranking ke-15 dunia tersebut memasang impian untuk memburu kejayaan setaraf Sukan Olimpik selain tiada masalah dengan penjadualan semula itu demi keselamatan mereka.
"Wabak yang melanda (dunia) ketika ini begitu teruk jadi lebih baik tunda (kejohanan).
"Tunggu sehingga wabak ini diatasi dulu supaya pemain tidak dilanda kegusaran dan boleh berikan fokus sepenuhnya.
"Sukan Olimpik Tokyo 2020 adalah pilihan lebih baik tetapi dua beregu utama negara lebih berpeluang.
"Jika berpeluang beraksi dalam Piala Thomas, saya berikrar untuk berikan aksi terbaik," katanya ketika dihubungi.
Pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Aaron, pula menganggap penundaan Piala Thomas selepas tarikh Sukan Olimpik menjadi kelebihan buat mereka untuk mengekalkan momentum dan prestasi selepas bekerja keras untuk layak ke temasya berkenaan.
Situasi itu juga mungkin memberi kelegaaan, namun dalam masa sama memaksa barisan pemain untuk mengharungi dua saingan utama dalam waktu yang singkat.
"Saya tidak rasa penganjuran Piala Thomas selepas Sukan Olimpik akan membawa kesan besar.
"Ada baiknya juga sebab momentum pemain masih ada," katanya.
Tiada perubahan daripada segi venue dengan Denmark mengekalkan Arena Ceres di Aarhus sebagai lokasi pertandingan.
Shaiful Shamsudin
Sat Mar 21 2020
Piala Thomas: Zii Jia tak sempat berpeluh sumbang mata pertama
Pemain perseorangan nombor satu negara, Lee Zii Jia, menyumbangkan mata pertama dalam perlawanan kedua selepas beraksi dengan baik menewaskan wakil perseorangan Algeria, Adel Hamek, dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas di Chengdu, China sebentar tadi.
Astro Kem Badminton kembali, Sabah jadi destinasi pertama
Siri Jelajah Astro Kem Badminton (AKB) kini kembali dengan misi mencungkil bakat muda dalam mencari perintis baru skuad badminton negara.
Piala Thomas: Saya terlalu mahu cepat menang sehingga tertekan -- Justin Hoh
Perseorangan lelaki negara, Justin Hoh, berkata dia pada satu ketika berasa tertekan kerana tarlalu mahu cepat memenangi set kedua sebelum terpaksa bangkit dalam set ketiga aksi Piala Thomas menentang Hong Kong di Chengdu, China hari ini.
Piala Thomas: Saya terlalu cari kesempurnaan sehingga buat silap -- Leong Jun Hao
Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, berkata dia terlalu mencari kesempurnaan pada awal permainan sehingga tewas set pertama sebelum memenangi dua set berikutnya untuk memastikan kemenangan Malaysia ke atas Hong Kong dalam perlawanan pertama Piala Thomas di China sebentar tadi.
Bagai merpati dua sejoli, Soon Huat-Shevon kongsi gambar praperkahwinan
Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, hari ini berkongsi gambar praperkahwinan mereka, yang dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.
Piala Thomas: Malaysia harungi jalan mudah atasi Hong Kong
Malaysia merekodkan kemenangan 5-0 ke atas Hong Kong dalam aksi pembukaan saingan Piala Thomas di Chengdu, China sebentar tadi.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long, dalam aksi peringkat kumpulan Piala Thomas di Chengdu, sebentar tadi.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas sebentar tadi.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Mata pertama yang diperoleh Malaysia ke atas Hong Kong menerusi pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia, cukup penting dalam memastikan kemenangan pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas di Chengdu, China.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set membenarkan Malaysia meraih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong di Chengdu, China.
Pochettino says VAR 'damaging' English football as Chelsea denied Villa win
Pochettino: VAR 'damaging' the game
'One-game series' for LeBron as Lakers secure lifeline with Nuggets win
The Denver Nuggets missed the chance to sweep the Los Angeles Lakers on Saturday and hold a 3-1 lead ahead of Game 5 on Monday.
New England Revolution 1-4 Inter Miami: Messi at the double as Herons run riot
Lionel Messi maintained his fine start to the MLS season on Saturday, moving to nine goals for 2024 with a brace in a dominant Miami win.
Uber Cup: Malaysia beaten 4-1 in opening match
Malaysia lost 4-1 to Chinese Taipei in their Uber Cup opening Group B match, a defeat which makes their road to the quarter-finals a challenging one.
NBA: Lakers avoid sweep to Nuggets; Celtics take 2-1 lead on Heat and Thunder go up 3-0
Faced with elimination, the Lakers got big performances from LeBron James and Anthony Davis to beat the Nuggets in Game 4
Atletico Madrid 3-1 Athletic Bilbao: Hosts close in on top-four finish
Atletico Madrid 3-1 Athletic Bilbao
Hull City 3-3 Ipswich Town: Tigers fight back three times to deny Tractor Boys
Report: Hull City 3-3 Ipswich Town
Chelsea and Hayes fall short again in the Champions League
Chelsea and Hayes fall short again
Paris Saint-Germain 3-3 Le Havre: Ramos rescues point but title confirmation must wait
Paris Saint-Germain 3-3 Le Havre
Al-Khaleej 0-1 Al-Nassr: Ronaldo misfires on return as Laporte nets winner
Report: Al-Khaleej 0-1 Al-Nassr