Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei, tetap berada dalam keadaan bersedia meskipun penyertaannya dalam kejohanan Siri Super Akhir Dubai masih belum dimuktamadkan.
Itu jaminan yang diberikan oleh jurulatih perseorangan negara, Hendrawan.
Chong Wei sebelum ini dibelenggu kecederaan hamstring dan terpaksa menarik diri daripada beberapa kejohanan.
Ia termasuk dua kejohanan bulan ini, iaitu Terbuka China dan juga Terbuka Hong Kong.
Siri Super Akhir Dubai menjadi pertandingan terakhir dalam kalendar Chong Wei tahun ini dan dia tetap dipersiapkan dengan sebaik mungkin.
"Mahu atau tidak mahu, dia harus dipersiapkan. Secara jujurnya, dari segi persediaan masih belum mencapai 100 peratus tetapi nanti kami akan menilai kembali bagaimana keadaannya.
"Jika Chong Wei menyertai Siri Super Akhir Dubai, kami akan mempersiapkannya dengan sebaik mungkin," jelas Hendrawan.
Hendrawan turut menjelaskan dia masih belum mendapat sebarang pengesahan terkini mengenai pembabitan Chong Wei di Dubai.
Kejohanan penutup musim itu menyaksikan hanya lapan pemain terbaik akan mengambil bahagian berdasarkan kutipan mata daripada 12 pertandingan Siri Super tahun ini.
Namun, masih ada beberapa ketetapan pertandingan yang perlu dipatuhi selain mengambil kira keputusan dan pungutan mata pemain lain di Terbuka Hong Kong.
"Melihat daripada peraturan, seseorang pemain perlu menyertai Siri Super sebanyak lapan kali tetapi peraturan itu tidak dilengkapkan oleh Chong Wei kerana dia hanya beraksi sebanyak enam kali.
"Wildcard pula hanya akan diberikan kepada pemenang pingat emas di Sukan Olimpik 2016. Bagaimanapun, kami akan menelitinya semula nanti."
Stadium Astro
Fri Nov 25 2016
Inter Miami 6-2 New York Red Bulls: Messi makes more MLS history as Suarez scores hat-trick
Report: Inter Miami 6-2 NYRB
NBA: Edwards scores 43 to lift Timberwolves over Nuggets in Game 1
Edwards scores 43 as Wolves win
Seattle Sounders v LA Galaxy: Sluggish starts frustrating Vanney
Preview: Sounders v LA Galaxy
Haaland pinpoints collective Man City quality after four-goal blitz of Wolves
Haaland lauds City team effort
Verstappen follows up sprint race win by taking pole at Miami Grand Prix
Verstappen takes pole in Miami
Mallorca 0-1 Atletico Madrid: Early Riquelme strike earns narrow win
Report: Mallorca 0-1 Atletico
Sassuolo 1-0 Inter: Serie A champions suffer surprise defeat
Report: Sassuolo 1-0 Inter
Xavi insists there is 'no debate' over his Barcelona future
Xavi: I am p***** off
New York City FC v Colorado Rapids: Hosts’ morale strong as Cushing aims to extend winning run
Preview: NYCFC v Rapids
Swiatek topples Sabalenka in thrilling Madrid Open final
Swiatek wins Madrid Open