Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan pengguguran lima pemain senior dalam skuad kebangsaan menerusi satu sebaran media sebentar tadi.

Menurut kenyataan itu, jawatankuasa kejurulatihan dan latihan badan induk itu telah mengadakan satu penilaian prestasi menyeluruh kesemua pemain kebangsaan seperti yang diperuntukkan dalam Projek 24.

Berdasarkan penilaian itu, BAM mengambil keputusan untuk menggugurkan Soniia Cheah (perseorangan wanita), Goh Soon Huat, Shevon Lai, Lai Pei Jing (beregu campuran) dan Vivian Hoo (beregu wanita).

Sementara itu, lapan pemain baru, iaitu Wyman Goh, Lee Shun Yang, Shaqeem Eiman (perseorangan lelaki), K. Letshanaa (perseorangan wanita), Yap Roy King, Nurfirdaus Azman, Loo Bing Kun dan Lwi Sheng Hao (beregu lelaki) telah diserapkan ke dalam skuad pelapis kebangsaan manakala Ter Chun Long, Low Eu Cong daripada bahagian perseorangan lelaki dan Ching Kai Feng, Ooi Jhy Dar (beregu lelaki) dilepaskan badan induk itu.

Untuk butiran terperinci nantikan berita lengkap dalam Nadi Weekend jam 7.30 malam ini.


OFFICIAL: Performance Review of National Players ?? The BAM Coaching & Training (C&T) committee has conducted a...

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Saturday, 6 February 2021