Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bersikap terbuka apabila merestui pemilihan Ng Tze Yong dalam menentukan hala tujunya.

Perseorangan negara berumur 24 tahun itu kini di bawah pemantuan jurulatih, Datuk Tey Seu Bock, dan perkembangan itu diperakui Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky.

Dia mendapat bimbingan jurulatih perseorangan dari Indonesia, Hendrawan, sejak 2021 tetapi memandangkan penyertaan terhad dalam kejohanan tahun ini yang menyaksikannya hanya beraksi dalam Terbuka Malaysia (Januari) dan Berpasukan Asia (Februari), selain hanya bermain satu perlawanan penuh dalam kempen Berpasukan Asia berikutan kecederaan belakang badan, ranking dunianya tergelincir ke tangga ke-22 daripada 14 dunia.

"Kami sedia buka lembaran baru.



"Tze Yong belum sepenuhnya pulih jadi kami belum tahu, selepas itu Tze Yong akan dipegang siapa.

"Sebelum dia mengalami kecederaan, dia tidak berlatih di bawah Hendrawan, (sebaliknya) bersama Seu Bock atas permintaannya sendiri," kata Rexy kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, di Bukit Kiara, hari ini.

Baik Seu Bock mahupun Tze Yong, belum sedia untuk memberikan kenyataan walaupun kelibat mereka dalam sesi latihan hari ini.