Pemain beregu wanita negara, Vivian Hoo, sudah lali dengan ujian saringan COVID-19 selepas berulang kali perlu menjalani prosedur itu di Bangkok, Thailand.

Pemain bola jaring negara, Fariha Razak, berkesempatan merungkai rutin harian Vivian yang sangat ketat menjelang aksi pembuka tirai kalendar badminton dunia 2021 yang membabitkan dua kejohanan, bermula Selasa depan.


UPDATE: As per the confirmation by the organiser, the Malaysian badminton contingent in Bangkok, Thailand has been...

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Friday, January 8, 2021



"Ia tidak memberi kesan kepada saya kerana langkah ini membolehkan semua orang berasa lebih selamat agar kami dapat fokus dalam kejohanan.

"Penganjur mengetengahkan langkah prosedur operasi standard (SOP) yang sangat bagus. Contohnya perancangan untuk latihan, iaitu kami akan dihubungi dulu sebelum menaiki bas, penjarakan fizikal juga sangat baik.

"Latihan kami di sini lebih pendek, setiap negara hanya diperuntukkan sesi latihan selama sejam sahaja di Impact Arena dan melakukan latihan gimnasium di sebelah petang.

"Malah, kami tidak dibenarkan menziarahi bilik rakan-rakan yang lain," katanya yang akan bergandingan di samping Yap Cheng Wen.

Seramai 39 pemain dan jurulatih yang diketuai pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, akan berentap dalam kejohanan pertama antarabangsa sejak kali terakhir terbabit dalam Kejohanan Seluruh England, Februari 2020.