Perseorangan wanita profesional negara, Goh Jin Wei, wajar mendapat pujian atas usaha yang diberikannya sebelum tersingkir dalam pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di Arena Axiata sebentar tadi.

Berdepan lawan pilihan ketujuh dari Indonesia, Gregoria Mariska Tunjung, Jin Wei jelas bukan lawan setara buat lawan itu, bahkan rekod pertemuan lalu juga diungguli lawan berkenaan 4-3.

Pemain berusia 23 tahun itu tidak pernah dapat mendahului lawan sepanjang set pertama sebelum akur dengan kekalahan 21-15.

Tentangan lebih sengit dipamerkan Jin Wei dalam set kedua, di mana dia sentiasa berusaha mengejar mata lawan, biarpun pada satu ketika ketinggalan 11-15.

Namun, Gregoria jelas pemain yang lebih berhak melayakkan diri ke suku akhir dengan kemenangan 24-22 selepas secara keseluruhan bertarung selama 39 minit.