Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Norza Zakaria, hari ini mengesahkan bahawa Nur Izzuddin Rumsani dan Goh Sze Fei akan kembali bergandingan demi mengejar kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Selepas lima bulan memilih untuk membawa haluan masing-masing, kedua-dua pemain itu akhirnya terbuka hati untuk melupakan segala sengketa lama dan bersedia untuk memulakan coretan baru.
Nur Izzuddin dan Sze Fei pada Januari lalu memilih untuk dipisahkan selepas tiada lagi persefahaman sesama mereka.
Ia selepas mereka tersingkir dalam pusingan awal beberapa kejohanan lalu dan gagal mencapai prestasi seperti yang dimahukan.
Sebagai rekod, mereka pernah bergelar beregu lelaki nombor sembilan dunia pada Disember lalu.
Kehadiran mereka sudah pasti akan merancakkan lagi persaingan merebut tiket kelayakan ke Paris.
"Saya melihat selepas mereka membawah haluan masing-masing, mereka berdua seperti tidak gembira dengan keadaan mereka sekarang dan ada kekesalan," kata Norza seperti yang dilaporkan Astro Arena.
"Disebabkan itu, saya telah memanggil Rexy (Mainaky, Pengarah Kejurulatihan Bahagian Beregu BAM) untuk memanggil kedua-dua mereka agar saya dapat menyelami apakah kehendak mereka sebenarnya.
"Dan mereka mengatakan bahawa mereka sebenarnya hendak bersama dan telah nekad untuk kembali bersama untuk mencapai impian masing-masing," katanya.
Norza menambah: "Bagi saya ia adalah sesuatu yang menyedihkan dan sia-sia apabila ranking mereka jatuh ke-32 dunia dan saya rasa ia akan menyusahkan mereka untuk naik semula.
"Memandangkan kelayakan ke Sukan Olimpik baru sahaja bermula, saya rasa ini adalah masa yang tepat untuk kami bertanyakan sama ada mereka mahu kembali semula atau tidak dan sekiranya mereka mahu bersama semula, ia akan memeriahkan lagi saingan ke Sukan Olimpik," katanya.
Muzaffar Musa
Wed May 31 2023


Badminton Sukan Asia Hangzhou: Lee Zii Jia bangkit teruskan kemaraan
Perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia, bangkit daripada ketinggalan satu set untuk layak ke pusingan kedua acara perseorangan lelaki Sukan Asia Hangzhou di Gimnasium Binjiang sebentar tadi.

Badminton Sukan Asia Hangzhou: Aaron-Wooi Yik mara ke pusingan kedua dengan penuh dramatik
Beregu nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, \meneruskan kemaraan ke pusingan kedua Sukan Asia Hangzhou susulan berjaya menyingkirkan wakil Taiwan, Lu Ching-yau-Yang Po-han, sebentar tadi.

Badminton Sukan Asia Hangzhou: Tang Jie-Ee Wei ke pusingan 16
Chen Tang-Jie-Toh Ee Wei mara ke pusingan 16 acara badminton beregu campuran Sukan Asia Hangzhou 2022 apabila mudah menewaskan pasangan Singapura secara set langsung di Gimnasium Binjiang sebentar tadi.

Terbuka Hong Kong BWF: Pearly Tan-M Thinaah cari rentak konsisten dalam final
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah, menanam iltizam untuk mencapai tahap konsistensi biarpun mara ke perlawanan akhir Terbuka Hong Kong BWF esok.

Terbuka Hong Kong: Pearly-Thinaah teruskan kemaraan ke final
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah mencipta sensasi apabila mara ke perlawanan akhir Terbuka Hong Kong.

Terbuka Hong Kong BWF: Soon Huat-Shevon tepati ramalan ke separuh akhir
Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, menepati ramalan apabila layak ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong BWF dengan menewaskan pasangan Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Hanintyas Mentari, secara set langsung di Kowloon sebentar tadi.

Terbuka Hong Kong BWF: Ng Tze Yong melangkah gagah ke separuh akhir
Perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, mempamerkan aksi hampir sempurna untuk membenam cabaran pemain Denmark, Magnus Johannesen, dalam perlawanan suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong BWF di Kowloon sebentar tadi.

Terbuka Hong Kong BWF: Goh Jin Wei ke separuh akhir tumbangkan pilihan keenam dari China
Perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei, mencipta kejutan dalam Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong BWF apabila menumbangkan pemain pilihan keenam dari China, Han Yue, di Kowloon sebentar tadi, sekali gus layak ke separuh akhir.

Terbuka Hong Kong BWF: Juara Sukan Olimpik sekat Sze Fei-Nur Izzuddin ke separuh akhir
Hasrat untuk menyaksikan beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, layak ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong tidak kesampaian selepas wakil negara itu tewas dalam aksi suku akhir di Kowloon sebentar tadi.

Terbuka Hong Kong BWF: Tze Yong, Zii Jia tempuh nasib berbeza
Dua perseorangan lelaki utama negara menempuh nasib berbeza dalam aksi pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong di Kowloon sebentar tadi.

Football rumours: Juventus seeking new long-term deal for Adrien Rabiot
The midfielder turned down an approach from Manchester United during the summer.

Big guns fire, Donald’s picks pay off but US tensions boil over – Ryder Cup Q&A
We look at the key questions surrounding the 44th contest.

Can England defend their crown? – World Cup talking points
The tournament takes place in India.

5 players to watch at the Cricket World Cup in India
England take on New Zealand in Thursday’s tournament opener.

Jos Buttler will let England’s white-ball legacy be decided by others
Eight members from the class of 2019 are in England’s 15-strong squad for the defence of their 50-over crown in India, which starts this week.

Europe captain Luke Donald: I think these guys will be around for a long time
Donald feels a host of Sunday’s winning squad will go on to enjoy more success in the competition.

I was a mess – Beckham lays bare pain he suffered after World Cup red card
Beckham was sent off for a kick at Argentina’s Diego Simeone before England went on to lose a penalty shootout.

Mudryk trying hard to adapt to Chelsea culture after difficult start
The Ukrainian moved from Shakhtar Donetsk in January for a fee that could rise to £88million.

Ireland cooking up a storm off the field thanks to Emma Gardner’s influence
The 37-year-old helped England win the ICC World Cup in 2019.

Atalanta and Juventus share stalemate as Atletico Madrid pull off crazy comeback
.