Juara Paralimpik Tokyo 2020, Cheah Liek Hou antara nama yang tercalon dalam senarai atlet para yang bakal bertanding bagi Anugerah Atlet SAM 100plus tahun ini.

Jelas Liek Hou, walau peluang terlihat tipis untuk merangkul anugerah itu kerana pemenang tahun lalu, Bonnie Bunyau Gustin turut sama tersenarai, dia ternyata gembira kerana diberi kesempatan dan jika rezeki berpihak kepadanya, hadiah yang bakal didapati akan digunapakai sebaiknya.

"Saya sangat gembira jika memenangi anugerah tersebut kerana ia dapat membantu saya menggunakan wang hadiah bagi mendapatkan kelengkapan saya untuk menjalani latihan dan pertandingan," kata Liek Hou menerusi Nadi Arena.

Tambahnya lagi, dia kini sedang giat melakukan persiapan ke Kejohanan Oceania Para Badminton 2023 di Australia 29 September ini bagi menguji kemampuannya sebelum temasya Sukan Para Asia pada Oktober.