Borussia Dortmund 1-0 Paris Saint-Germain

Pemain pinjam Manchester United, Jadon Sancho, mengeluarkan amaran akan kualiti yang dimilikinya apabila membantu Borussia Dortmund menewaskan Paris Saint-Germain 1-0 dalam perlawanan pertama separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.

Niclas Fullkrug menjaringkan gol kemenangan selepas 36 minit perlawana apabila menerima hantaran cantik daripada Nico Schlotterbeck sebelum melakukan rembatan melepasi penjaga gol PSG, Gianluigi Donnarumma.




Dalam perlawanan itu Sancho berjaya menggelecek sebanyak tujuh kali dalam separuh masa pertama melebihi ketika dia bermain perlawanan penuh bersama The Red Devils dan merupakan rekod terbanyak yang pernah dilakukan oleh pemain yang bermain dalam UCL di peringkat kalah mati.