Bekas legenda Belanda, Wesley Sneijder, berasakan hari ketika Erik Ten Hag bertelagah dengan Cristiano Ronaldo adalah permulaan kepada pengendali berusia 54 tahun itu tidak lagi dihormati.

Ini berikutan pemenang Ballon d'Or lima kali itu meninggalkan padang ketika perlawanan menentang Tottenham musim lalu masih berlangsung selepas tidak berpuas hati kerana tidak dimasukkan lebih awal.

Pertelagahan itu menyebabkan kontrak Ronaldo ditamatkan lebih awal kemudian dia meluahkan kekecewaan dalam satu temuduga bersama Piers Morgan dengan merasakan dia tidak menghormati pengurus Manchester United itu.

"Patut saya beritahu apa yang silap pada Ten Hag? Pada hari dia memilih untuk bertelagah dengan Cristiano Ronaldo, itu adalah detik dimana dia mula kehilangan semua sifat hormat kepada dirinya.

"Dia berfikir perkara itu akan berjalan lancar, tetapi berlaku sebaliknya. "Semua orang di dalam bilik persalinan berfikir, 'adakah lelaki ini gila?'

"Dia kehilangan rasa hormat semua orang di sana. Dia berfikir ia akan berlaku sebaliknya tetapi semestinya tidak sama sekali.

"Jika saya menjadi dia, saya akan duduk dengan selesa" katanya.