NAPOLI 1 BARCELONA 3
(Barcelona mara berbekalkan agregat 4-2)

Xavi Hernandez menegaskan Barcelona lebih layak untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) berbanding Napoli sambil percaya mereka mampu bersaing.


Tanpa peraturan gol di tempat lawan setelah terikat 1-1, segalanya menjadi pertaruhan di Estadi Olimpic de Montjuic, awal pagi tadi.

Penyudah Fermin Lopez dan Joao Cancelo menghukum kesilapan pertahanan tuan rumah untuk mendahului 2-0, namun nasib mereka bertukar sebaliknya menerusi jaringan berganda Amir Rrahmani.

Victor Osimhen hampir sahaja memenangi sepakan penalti berikutan kakinya dipijak Pau Cubarsi, namun kelibat Robert Lewandowski memastikan kemenangan 3-1, sekali gus mara secara agregat 4-2.

"Saya rasa kami memang lebih layak daripada Napoli, kami melancarkan lebih baik serangan dan bertahan dengan kental, sudah tentu kami berkesempatan menjaringkan lebih banyak gol lagi,” kata pengurus itu kepada Sport Mediaset.




"Napoli adalah pasukan berkualiti yang menggerakkan bola dengan baik dan mempunyai beberapa peluang menjaringkan gol yang baik.

"Kami juga berhak meledak lebih banyak gol lagi di Stadio Maradona ini kerana kami mendominasi di sini.”