Seawal minit kelima permainan, bintang Barcelona, Pedri, mengalami kecederaan sehingga menyebabkannya terpaksa melupakan baki perlawanan yang sedang berlangsung menentang tuan rumah, Jerman.

Pemain berpengalaman, Toni Kroos, melakukan tujahan dua kali berturut-turut terhadap pemain berusia 21 tahun itu sehingga mengakibatknya terpaksa dikeluarkan dan digantikan dengan pemain simpanan, Dani Olmo.

Namun, legenda Real Madrid itu tidak dilayangkan sebarang kad setakat ini.