fantasy.stadiumastro.com/mflKetua jurulatih Skuad B-19 tahun negara, Juan Torres Garrido, mengakui tiada tekanan buat pasukannya bagi mempertahankan gelaran Kejuaraan B-19 ASEAN 2024.

Kejohanan itu akan berlangsung daripada 17 hingga 29 Julai depan di Indonesia, fokus utama dia dan barisan kejurulatihnya ketika ini adalah untuk memastikan setiap pemain dapat memahami serta mengikuti segala percaturan yang ditetapkan bagi hadapi saingan Kumpulan C yang dibarisi Brunei, Singapura serta Thailand.




Garrido turut mengesahkan skuad muda negara bakal menjalani dua perlawanan pemanas badan menentang skuad B-19 Kemboja pada Rabu dan Sabtu depan dengan seramai 23 pemain akhir akan disenaraikan Garrido sebelum pasukan berlepas ke Surabaya Isnin depan.






"Kami sedang mempersiapkan pasukan bukan hanya untuk kejohanan ini sahaja, tetapi ini adalah generasi baru dan kami meletakkan harapan kepada mereka.

"Kami akan cuba bersaing dari awal dan berharap generasi ini akan berjaya maka pemain sedia ada perlu menonjolkan kebolehan mereka sama ada mereka cukup bagus." katanya.