Pasukan MSS Selangor muncul juara selepas menewaskan MSS Johor dalam aksi final bola sepak B-12 MSSM 2024 di Padang MBPG A, sebentar tadi.

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 sekali gus memacu perlawanan ke penentuan sepakan penalti.

Malah, penjaga gawang Selangor yang berjaya menyelamatkan satu sepakan penalti meningkatkan semangat pemain untuk menoktahkan keputusan dengan kemenangan 5-4 menjadi milik Selangor.