Ratu gimrama negara, Izzah Amzan, berjaya meraih satu lagi pingat untuk kontinjen negara dalam acara belantan saingan Sukan Komanwel Birmingham apabila meraih gangsa di Arena Birmingham, sebentar tadi.

Selepas terlepas podium acara keseluruhan semalam, dia meneruskan saingan menerusi acara gelung dan menamatkan saingan di tempat ketujuh.

Turun bagi melakukan rutin apparatus belantan, gerakan mantap dipamerkan atlet berusia 21 tahun menyaksikan dia meraih 28.600 mata sekaligus menghuni tempat pertama.

Bagaimanapun, persembahan cemerlang ditampilkan wakil Australia, Alexandra Kiroi-Bogatyreva yang meraih 29.400 mata berjaya merampas pingat emas sementara wakil Kanada, Carmel Kallemaa meraih pingat perak.