LAZIO 1 ATALANTA 1

Rentetan 11 kemenangan berturut-turut Atalanta dalam Serie A berakhir apabila terikat 1-1 dengan Lazio di Stadio Olimpico awal pagi tadi.

Marco Brescianini masuk sebagai pemain gantian sebelum menjaringkan gol penyamaan buat pelawat pada minit ke-88 selepas menerima hantaran Azomela Lookman.

Tuan rumah, bagaimanapun, terlebih dahulu menemui sasaran pada minit ke-27 apabila Fisayo Dele-Bashiru meluru masuk mengatasi pertahanan Atalanta untuk menemui lorongan Nicolo Rovella sebelum menewaskan penjaga gol, Marco Carnesecchi.

Keputusan seri itu menyaksikan Atalanta kembali ke tangga teratas liga dengan 41 mata daripada 18 perlawanan tetapi juara bertahan, Inter Milan, hanya ketinggalan satu mata di belakang dan berkelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Atalanta seterusnya akan bertemu Inter bagi aksi separuh akhir Piala Super Itali di Arab Saudi pada 2 Januari ini.